QUAECUMQUE VERA
- Ayat di atas ialah motto University of Alberta yang bermaksud "Whatsoever things are true".
- Syukur alhamdullilah, majlis konvokesyen para pelajar Malaysia generasi pertama di sini berjalan dengan lancar pada petang tadi.
- Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ariff Shazwan, Ahmad Sulaiman, Budi Kastulani, Wan Akmal dan Mahfuzah atas kejayaan merangkul segulung ijazah kejuruteraan daripada salah sebuah universiti terbaik di dunia.
- Mahfuzah merupakan graduan Kejuruteraan Awam dangan Persekitaran manakala yang lain merupakan graduan Kejuruteraan Petroleum.
- Sebagai seorang junior dan rakan, saya hanya mampu tersenyum melihat detik-detik manis dalam kehidupan seorang yang bergelar penuntut universiti. Keperitan yang dilalui selama 4 tahun akhirnya dihadiahkan dengan segulung ijazah.
- Alam pekerjaan pastinya akan lebih mencabar tetapi saya yakin kejayaan yang diraih oleh rakan-rakan saya pada hari ini akan dijadikan azimat bagi menempuh rintangan yang menanti di masa depan.
- Semakin kita berusia, semakin bertambah tanggungjawab yang wajib dipukul. Saya berharap rakan-rakan akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara.
- Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan pertama pelajar Malaysia di University of Alberta.
p/s: Konvokesyen di Kanada kurang meriah tetapi ringkas dan tidak membosankan.
p/s/s: Gambar adalah ehsan daripada kamera Ammar Azili dan Ariff Shazwan.. Halal yea kawan2x.
p/s/s/s: Tetiba terasa macam aku plak grad hari nie.. hoho... x sabar seyh nak grad!!!
2 comments:
oh. halal². haha. tahun dpn aku xde nak amek gmbar ko grad. sila cari photographer berpotensi yg lain.
suka baca your blog..1st i ingt gurl pny blog...then ble tgk diz pict bru tau boys blog..your word best;)keep it up
Post a Comment