- Saya nak "break" sebentar daripada menulis tentang Korea Selatan.
- Saya sudah berjumpa ramai kenalan sejak pulang dari Kanada minggu lepas. Cuti pada kali ini lebih menyeronokkan kerana saya tidak perlu melakukan latihan industri seperti sebelumnya.
- "So far so good" walaupun Malaysia terasa sangat panas.
- Sejak balik Malaysia juga saya tidak pernah melakukan senaman mahupun ke gimnasium seperti yang biasa dilakukan di Edmonton. (*asyik makan dan tidur shj*)
- Saya amat tidak suka untuk menceritakan tentang tempat pengajian saya kepada orang-orang lain kerana saya agak malas untuk bercerita dengan panjang lebar.
- Sebab yang kedua mungkin disebabkan masyarakat kita kadang-kadang terlalu kagum dengan pelajar luar negara. (* x smpai hati nak kecewakan hati makcik2 yang teringin nak bermenantukan saya :PP *)
- Sebab yang paling "ultimate" adalah ketika terpaksa mendengar soalan yang memualkan daripada lelaki yang berhidung belang.
- Antara soalan yang ditanya oleh golongan ini sebaik sahaja mengetahui tempat pengajian saya. "Awek-awek dekat sana hot lagi ke drp awek dekat sini?"
- Selalunya saya hanya menjawab."Biasalah" dengan nada yang malas.
- Namun kenafsuan/kegedikan golongan ini kadang-kadang tidak terhenti di situ. Di tanya pula soalan seperti " Tak pernah try main ke dengan *&*&*&?". Apabila melihat orang yang bertanya itu berstatus atuk, saya terasa seperti ingin memberi penendang Jepun.
- Saya hanya akan cuba mengelak menjawab seperti ini.Namun apabila dielak, mereka akan mengeluarkan suara sumbang yang jauh lebih buruk daripada bunyi cimpanzi.
- Banyak lagi soalan yang memualkan yang ditanya oleh golongan ini tanpa rasa segan silu. Malah ada yang memesan barang-barang tertentu.
- Soalan yang ditanya bukannya berkisar kepada pengajian dan cara hidup saya di perantauan tetapi lebih kepada memenuhi fantasi/khayalan mereka.
- "Jauh perjalanan luas pengalaman" tetapi saya sendiri tidak ingin pengalaman sedemikian.
- Baik di Kanada mahupun Malaysia, kita masih berdiri di Bumi Allah.
p/s: amat aneh melihat seorang tua dan berkopiah tetapi terkinja bertanya soalan berkisar tentang seks dan pornografi.
p/s/s: Seks itu keperluan tetapi jangan berkiblatkan nafsu semata-mata.
p/s/s/s: Terasa bahagia melihat pasangan mempelai Khairul dan Hanin
4 comments:
jarang dengar blogger belajar di kanada..
amik course ape ye?
dah rse nk berbini ke????hahahahhaha(p/s/s/s)
afzan: hurm... electrical engineering :D
apies: haish ko nie
macam dah ada calon je..hahaha
Post a Comment