Pages

Tuesday, August 20, 2019

Apam Telur

Masih teringat kuih kegemaran semasa umur 8 tahun.

Pada waktu itu baru sahaja berpindah ke tempat baru. Di hadapan tempat kediaman akan ada seorang makcik yang menjual nasi lemak dan kuih muih.

Harga pada waktu itu adalah RM0.10
Terasa mahal pada waktu itu. Nilai wang juga relatif dengan peredaran masa.

Emak memang akan masak sarapan setiap pagi kerana adik beradik ramai. Mana mungkin mahu membeli. Tetapi suatu hari ketika pulang menemani emak dari kedai runcit disinggahnya pula di gerai makcik itu.

"Teringin nak makan apam telur tak?" soal mak.

Soalan dibalas dengan sengih panjang.

Itulah kali pertama memakan apam telur. Jatuh cinta pada rasanya.

Setiap hari teringin nak beli dan makan tetapi risau mak akan marah. Simpanan duit saku ada dalam tabung tetapi masih lagi tidak kesampaian. Seperti ada satu struggle dalaman untuk meminta dan tidak berani pula untuk memandai kerana sebab yang tidak diketahui.

Akhirnya, berpindah ke tempat lain.

Dan apam telur pertama akhirnya menjadi yang terakhir.

Apabila sudah menganjak dewasa cuba mencari apam yang punya rasa sama tetapi kecewa.

Masih mencari jika terus diberi rezeki.


No comments: