Pages

Friday, August 2, 2019

Lebih tua

Orang muda perlu hormat yang lebih tua. Ini antara nasihat yang kerap dititipkan terhadap anak-anak muda.

Mengapa agaknya kita perlu hormat yang lebih tua? Kerana mereka pandai?

Sebenarnya, pengalaman hidup mereka lebih daripada kita yang lebih muda.

Secara ringkas, orang yang sudah berkahwin lebih tahu susah senang alam hidup bekeluarga berbanding orang bujang.

Beza antara tua dan muda adalah pengalaman yang diperoleh daripada perbezaan umur.

Saya masih teringat dengan seorang rakan sekerja yang ketika itu menghampiri umur hampir 56 tahun. Dari segi darjat dan pangkat memang benar saya berada lebih tinggi daripadanya.

Setiap kali terpandang melihat susuk tubuh tua itu kelihatan seperti dia menggalas batu yang berat. Perubahan sikapnya amat ketara dalam masa beberapa bulan.

Setelah bersemuka dengannya barulah saya tahu yang dia sedang berhadapan dengan krisis yang berpunca daripada kealpaan diri. Akibatnya, wang simpanan malahan harta yang bakal menjadi tabung persaraan lenyap. Keluarganya juga musnah sama sekali.

Mungkin dia telah mendapat balasan yang sepatutnya tetapi saya percaya pengalaman yang dilaluinya sungguh perit.

Itu bezanya kita dengan orang yang terdahulu. Jika ada rezeki, kita mungkin hanya perlu belajar dari pengalaman orang tua tanpa perlu melalui detik hitam itu.

Kepada orang tua. Terima kasih atas nasihat dan ingatan pengalaman kamu. Semoga Allah juga ringankan beban kamu.


No comments: