Pages

Sunday, August 4, 2019

Manoj

Rimman@hotmail.com

Ahmad masih lagi ingat alamat emel yang diberi oleh lelaki India pada tahun 1999.

Lelaki tersebut bernama Manoj merupakan rakyat negara India yang kebetulan melawat rakannya di Malaysia. Rakannya yang bernama Sabrina itu pula merupakan sahabat baik kepada kakak Ahmad.

Manoj berada di rumah keluarga Ahmad kerana kakak sulung Ahmad akan melangsungkan pernikahan dalam masa 3 hari. Pertama kali melihat Manoj, Ahmad cuba mengelak diri kerana tidak yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Aku mesti cuba," bisik hati Ahmad.

"Hi, how are you?" sapa Ahmad kepada Manoj yang kelihatan duduk berseorang di sofa.

Tanpa disangka itu merupakan perbualan pertama Ahmad dalam bahasa Inggeris dengan seorang bukan rakyat Malaysia.

Pada usia 11 tahun di sebuah pedalaman itu merupakan pencapaian besar bagi Ahmad.

Mulai dari saat itu, Ahmad telah memperoleh keyakinan yang bahasa Inggeris sebenarnya tidak sukar. Kita tidak perlu terlalu takut.

Ahmad masih lagi teringat janji Manoj yang ingin memberi hadiah komputer kepada Ahmad jika dia kembali semula ke Malaysia dalam terdekat. Malangnya ia tidak pernah berlaku mungkin kerana Sabrina juga tidak lagi berkawan dengan Manoj seperti diberitahu oleh kakak Ahmad.

Ahmad sentiasa ingat alamat emel Manoj namun dia tidak tahu untuk menulis atau mengakses Internet pada waktu itu.

Setelah beberapa tahun, Ahmad cuba menghantar emel kepada rimman@hotmail namun gagal kerana emel seperti tidak lagi aktif.

Sahabat antarabangsa pertama Ahmad ialah Manoj seorang rakyat India.

Terima kasih atas pengalaman

No comments: