Pages

Wednesday, August 7, 2019

11 tahun

Rupanya sudah lebih 11 tahun sejak kali pertama blog ini diwujudkan.

Nama yang diberi ialah Pena Retak kerana saya gemar bermonolog sebenarnya dan merasakan penulisan saya tidak sehebat mana. Maka sesuai la dipanggil sesuatu yang retak tetapi masih berusaha untuk berkata.

Selepas hampir seabad, ternyata dunia blog banyak mengalami perubahan. Facebook benar benar ubah landskap manusia berinteraksi di Internet. Friendster pula telah menjadi sejarah.

Wordpress juga telah berubah sangat menarik. Terlintas untuk berpindah tetapi blog ini ada nilai sentimental terhadap penaretak yang menulis.

Pernah satu ketika dahulu blog ini menggunakan ragooze.com namun akhirnya kembali semula ke ragooze.blogspot.com

Pernah juga hampir kehilangan blog ini kerana domain tidak dibayar namun syukur ia masih ada untuk tatapan diri.

Biarlah blog ini kekal sebagai tapak nukilan bagi insan yang marhaen ini. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Supaya diri yang akan datang boleh melihat semula perjalanan hidup.

Tahun 2012 dan 2016 sepi tanpa sebarang penulisan. Rasanya 2012 adalah kemuncak facebook dan WhatsApp.

Cuba untuk menulis tetapi ternyata tiada upaya. Sibuk dengan hal dunia yang lain.

Cuba melawat bloglist yang ada. Tiada lagi rakan rakan yang aktif menulis di blog. Sunyi sepi.

Kalau ada pun cuma promosi produk.

Saya percaya tiada lagi orang yang membaca Pena Retak. Tidak mengapa.

Semoga momentum ini sentiasa tinggi.

Dari seorang insan yang bukan penulis.

Akmal

1 comment:

Pembaca said...

Saya baca blog ini since saudara di Canada.

Keep your writing saudara.

Kawan yang jauh