Pages

Thursday, November 14, 2019

Hadiah

Sebagai ibu bapa.
Mungkin tertanya tentang hadiah terbaik.
Buat seorang anak.

Hadiah terbaik adalah masa.
Masa adalah perhatian.
Di mana kita sekarang keliru.
Antara masa dan harta benda.

Memberi masa untuk anak melakukan kesilapan.
Jangan mudah melenting.
Supaya mereka tahu tidak mengapa untuk jatuh.
Dan tahu ibu bapa masih menyokong mereka.

Memberi masa seketika untuk berehat.
Melihat mereka membesar.
Bermain bersama mereka.
Bergurau bersama mereka.

Memberi masa untuk mendengar.
Saat mereka merintih.
Saat mereka berceloteh.
Supaya mereka tahu ada rakan baik di rumah.

Sifirnya mudah.
Jika kita tiada masa untuk anak-anak.
Maka tiada masa mereka untuk kita.

Usah diprovok dengan hukum.
Atau nasihat dari agamawan.
Jika kita sendiri tidak ingin memberi sedikit masa untuk anak-anak.

Sedikit tetapi ingatan itu kekal dalam hati mereka.
Bukan membenci.
Tetapi tiada ikatan untuk dipegang.
Kerana tiada memori yang dicipta.

Anak-anak hanya milik kita semasa kecil sahaja.
Menginjak dewasa mereka mula melakar laluan sendiri.
Berbekal dengan ilmu dan tunjuk ajar kita.




No comments: