Pages

Thursday, November 21, 2019

Simpati

Oct 10 2019.

Sudah lebih sebulan sejak akhbar Melayu itu ditutup.
Dahulu pernah terdengar yang manusia akan membicarakan sesuatu isu secara aktif hanya untuk maksima 2 minggu sahaja.
Selepas itu, mereka akan mula beralih kepada isu lain.

Disebabkan itu dalam pemasaran.
Ianya perlu dilakukan secara aktif selama sekurang-kurangnya 2 minggu supaya lekat dalam ingatan pengguna.
Setelah itu, teknik dan pengisian perlu diolah supaya memberi nafas baru.

Pernah ke pasaraya besar?
Walaupun frekuensi mereka merombak barisan rak tidak sekerap 2 minggu.
Namun perubahan perlu dilakukan secara berkala untuk mengekalkan tarikan kepada pembeli mereka.

Beberapa hari selepas penutupan akhbar Melayu tersebut.
Banyak berita di pelusuk dunia.
Menceritakan nasib malang yang menimpa pekerja.
Tak kurang juga dengan berita palsu yang ada jutawan bermurah hati untuk membantu.

Seakan memberi harapan kepada mereka.
Bagi kita tiada apa.
Tetapi bagi tekak yang haus, itulah benda yang ditagih.

Hari demi hari.
Sebenarnya tiada pun yang kisah.
Semua sibuk dalam perlumbaan hidup yang tidak berkesudahan.

Dan mereka perlu bangkit dan sedar.
Yang orang lain hanya boleh memberi simpati.
Simpati yang ada had.

Akhirnya terserah kepada diri sendiri.
Perlu melangkah.
Ianya berat.
Tetapi perlu untuk anak-anak kecil.


No comments: