Pages

Tuesday, November 12, 2019

Gambar

Ahmad masih ingat lagi peristiwa 25 tahun lalu.
Cikgu tadika meminta semua murid menyerahkan borang pembayaran gambar graduasi Tadika.
Ahmad tidak ingat berapa harganya.
Yang pasti ada beberapa jenis harga mengikut pakej.

Pertama paling mahal iaitu gambar dalam bingkai kayu.
Kedua adalah gambar dalam fail keras dengan logo tadika.
Ketiga yang paling murah adalah sekeping gambar sahaja tanpa sebarang aksesori.

Dalam perjalanan pulang sebenarnya Ahmad susah hati untuk memberitahu emak.
Risau emak akan terbeban walau untuk gambar paling murah sekalipun.

Akhirnya emak tahu jua dari jiran.
Telahan Ahmad benar yang emak sebenarnya tidak mempunyai duit.

Bagi sesetengah orang sebenarnya, wang mereka hanya sekadar kais pagi makan pagi sahaja.
RM 10 pun sebenarnya besar bagi sang miskin.

Dan hari ini.
Masih ada lagi insan yang berduka cite kerana gambar graduasi.

Terkadang niat kita nak meraikan.
Cuma ada yang kurang mampu kerana faktor kewangan.

Semoga urusan dipermudahkan.




No comments: