Pages

Wednesday, February 10, 2021

Sang Penguasa

Wahai penguasa
Jangan hanya kamu berkata-kata
Tarik la nafasmu sedalamnya
Duduk sebentar

Lihatlah sekelilingmu.
Kamu hidup di mana sebenarnya?
Jeriji emas mungkin
Dengan makanan berhiaskan emas.

Dunia ini besar.
Bukan setakat dikalangan elitis kamu sahaja.
Penasihat kamu hanya berkata apa yang enak di halwa telinga kamu.
Bangunlah.

Lihat apa kerosakan yang berlaku.
Berapa ramai merangkak cuba meneruskan hidup.
Ini bukan jenaka lagi.

Kamu tidak punya masa?
Kamu tidak sempat melihat kata-kata nista terhadap kamu di alam maya?
Tetapi kamu sempat mengembara ke seberang?

Dengarlah.
Rakyat pun tidak mengharap kamu jadi tuhan.
Mereka pun tidak meminta kamu melonggokkan emas.
Mereka hanya mahu kejujuran dan ketelusan.

Cukuplah.
Dengan peraturan 2 alam.
Jangan disakitkan hati rakyat jelata.
Mereka penat membanting tulang.
Kena fikir pula apa lagi kebodohan yang akan terus dibuat oleh kamu.

Kasihanlah.
Kepada sang pekerja.
Penat mereka perlu mencari alasan untuk menegakkan benang basah.
Untuk mu sang penguasa.

Sedarlah.
Sedarlah.
Cukup cukuplah.

No comments: