Pages

Monday, February 22, 2021

SPM 2020

Saya tidak dapat memejamkan mata yang sudah letih.
Pusingan bilah kipas siling diperhati. Bilangan pusingan lengkap (360 darjah) cuba dikira dalam satu minit namun gagal kerana kelajuan kipas pada setting tertinggi.

15 tahun yang lalu.

Saya resah untuk memejamkan mata.
Terbayang diri yang belum bersedia untuk menjawab soalan SPM 2005.
Kertas pertama merupakan subjek Bahasa Melayu.

Jantung berdegup.
Saya bingkas bangun untuk meneguk air kosong.
Kedua-dua rakan sebilik sudah hanyut dibuat mimpi.

Saya cuba intai tingkap. Luar koridor kelihatan sunyi tanpa bunyi.
Bilik bacaan yang selalunya dipenuhi rakan pelajar juga gelap gelita.
"Aku juga yang bagi arahan bilik bacaan perlu tutup tepat jam 12 malam," gumam dalam hati.

Saya kembali merebahkan badan atas tilam. Tangan cuba meraba buku yang terletak atas lantai.
"Eh tak boleh jadi ni. Esok mesti mengantuk kalau tidur lagi," bebel saya keseorangan.
Setelah hampir sejam, mata akhirnya berjaya ditutup dan lena sehingga pagi.

SPM 2020

SPM 2020 adalah unik kerana tarikh peperiksaan dalam tahun 2021. Ini bermakna tahun 2021 menyaksikan dua peperiksaan SPM. Semuanya gara-gara pandemik COVID-19.

Tidak dapat dibayangkan tekanan yang dialami pelajar SPM 2020. Saya pasti sebahagian daripada mereka sudah hampir putus harapan. SPM tidak mudah. Satu peperiksaan yang sukar saya lupakan sehingga hari ini.

Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2020.

May Allah ease your hardship. Insya Allah.

Gambate.


Ikhlas daripada


SPM 2005

No comments: