Pages

Saturday, February 14, 2009

Kesal

Salam rakan-rakan,

Apakah yang akan dilakukan oleh rakan-rakan seteleh menyedari kesilapan lalu tetapi rakan-rakan tiada upaya untuk membetulkannya?

Sebagai insan biasa saya melakukan kesilapan seperti insan-insan yang lain. Namun begitu, saya amat kesal apabila kesilapan itu dilakukan ketika diri ini bergelar seorang pemimpin. Memang benar seorang pemimpin juga manusia yang tidak lari daripada kesilapan tetapi seorang pemimpin harus mempunyai tahap kewajaran yang tinggi kerana tindakannya akan memberi impak kepada komuniti.

Ketika saya bergelar ketua pelajar di Sekolah Menengah Sains Alam Shahs beberapa tahun lepas saya banyak menerima ucapan "Assalamualaikum" daripada rakan-rakan terutamanya dari rakan-rakan yang lebih muda. Bayangkan jumlah salam yang wajib dijawab dalam sehari memandangkan jumlah rakan-rakan yang ramai.

Hukum menjawab salam yang didengari adalah wajib. Pada bulan yang pertama saya menjawab salam yang diterima dengan sebaik yang mungkin. Namun selepas itu adab saya menjawab salam amat saya kesali. Yang lebih saya kesalkan adalah dengan sikap saya yang tidak mampu membetulkan keadaan ini.

Yang pastinya mereka mengucapkan salam kepada saya sebagai tanda persaudaraan dan hormat kepada seorang pemimpin. Dek kerana agak keletihan belajar,menjalan tugas-tugas lain dan letih menjawab salam yang begitu banyak pada satu-satu masa, saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab salam tersebut dengan begitu perlahan. Hal ini mendatangkan salah faham kepada si pemberi salam yang merasakan saya angkuh kerana tidak menjawab salamnya.

Hal ini disedari oleh rakan-rakan pemimpin saya dan mereka lantas memberi pandangan kepada saya. Mereka mengingatkan saya untuk menjawab salam dengan jelas dan lebih kuat seperti mana yang dilakukan oleh saya sebelum ini. Saya menerima pandangan mereka itu dan cuba memperbaiki kelemahan diri saya tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih mengulangi sikap yang sama apabila saya keletihan ketika proses pembelajaran. Keletihan ini ditambah lagi dengan ucapan salam yang perlu dijawab oleh saya apabila berselisih dengan rakan-rakan yang lain.

Seharusnya, saya bersyukur kerana rakan-rakan lain mendoakan kesejahteraan saya dan sepatutnya membalas ucapan salam itu dengan penuh bersemangat. Namun saya kerap mengulangi kesilapan yang sama dalam tempoh saya menjadi pemimpin. Apa yang mampu saya katakan disini saya amat menyesali akan kesilapan yang dilakukan saya pada ketika itu.

Seorang rakan memberi nasihat kepada saya untuk menjelaskan situasi sebenar kepada rakan-rakan lain agar tidak timbul salah faham. Beliau berpendapat rakan-rakan yang lain akan memahami setelah mengetahui perkara yang sebenar. Beliau juga mencadangkan agar saya memohon maaf secara terbuka sekirang ada yang terluka akibat sikap saya tersebut.

Mungkin disebabkan faktor keegoan dan memikirkan kedudukan rakan tersebut yang lebih muda daripada saya maka saya tidak mengendahkan nasihat. Saya berasa kesal kerana meletakkan tahap ego saya di tempat yang tidak sepatutnya.

Saya sedar bahawa kesilapan tersebut tidak mampu diperbetulkan oleh saya lagi dan ianya sudah berlalu beberapa tahun yang lalu.

P/s

Saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang tersinggung akibat perlakuan saya ketika menjadi pemimpin pelajar. Saya amat bertuah kerana diberi peluang untuk memimpin rakan-rakan yang bijaksana dari seluruh pelusuk negara. Terima kasih kerana tidak putus-putus memberi salam kepada saya walaupun ada ketikanya rakan-rakan sendiri seolah - olah tidak mendengar ucapan salam dijawab oleh saya.

8 comments:

Afiqah said...

manusia sentiasa melakukan kesilapan tetapi yang penting kita tidak terus melakukan kesilapan yang sama.

selamat study break
dan kirim salam pada orang di montreal

salam

Anonymous said...

assalamualaikum...
bro, sbgai pmimpin ak respek cara ko dulu. mgkin ada jgak salah silap ko dulu, tp tak pnah la plak ak tgk ko buat kslapan besar spanjg ko jd kp kat asis dulu. bg aku, kat asis, sbg shabat & pemimpin, ko antara yg terbaik...
hidup kp haha...

TyRoX SaN said...

waalaikumussalam fakhrus...

huhu. rasa terharu mendengar kata2 mu itu.. terima kasih...

Ahmad bin Ariffin said...

aku pun rasa mcm tu akmal.
walaupun kadang2 ko minta video berformat 3gp, tapi tu cuma hal kecil.
bagus kalau kita selalu fikir kelemahan dan kesilapan, tapi kalau lebih dari yang sepatutnya, akan menyebabkan kita hilang self confidence..
hehe..memandai je advice kp plk.

rafizzi said...

salam..
sebagai junior akmal di ASIS dahulu, kewibawaan akmal sebab KP memang terserlah.. muka pun da nmpk cam garang.. (tpi kitorg junior tak takut pun) huhu gurau je...

tak sangka akmal imbau balik sejarah yg dah berlalu mcm ni.. bagus².. muhasabah diri n belajar dari sejarah lalu..

kesempurnaan mutlak itu hanya milik ALLAH, tetapi kita cuba untuk memperbaiki kelemahan kita dari semasa ke semasa.. insyaALLAH...

TyRoX SaN said...

to ahmad....


btoi gak tue mad. kalo asyik pikir ttg kelemahan diri kita mesti hilang konfiden.... tp ape2 pun benda tu dah berlalu... cuma kemaafan yang mampu dipinta

TyRoX SaN said...

to rafizzi....

garang sangat ke? hoho.. thanks yea bro for da compliment.

SaGiTaGuRLz said...

kat skul, dorang jarang bg salam...tapi hye2 bye2 je lah yg slalu d beri....