Thursday, February 26, 2009

Permintaan daripada ASiSKL

Salam rakan-rakan,

Saya ingin memohon kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang berada di perantauan agar menyahut permintaan pihak pengurusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Sebagai pelajar, agak sukar untuk kita memberi sumbangan kewangan kepada alma mater yang tercinta namun kita boleh menyumbang menggunakan pelbagai cara yang relevan. Dibawah ini saya sertakan surat permintaan Encik Ahmad Shafrin kepada semua insan yang pernah bergelar pelajar ASiS.

Assalamualaikum pada semua OASIS,

Pihak sekolah bercadang untuk menayangkan video berupa ucapan dan kehidupan OASIS di seluruh dunia pada Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Oleh itu, pihak sekolah memohon jasa baik semua OASIS di luar negara untuk menghasilkan video tersebut dan masukkan dalam youtube atau kirimkan dalam bentuk CD. "Duration" sekitar 2-3 minit. Jangan lupa email kepada "admin.asiskl@gmail.com" apabila video tersebut telah di"upload" ke dalam youtube atau telah siap dalam bentuk CD. Harapnya dalam pertengahan bulan Mac video tersebut siap.

Sila sampaikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain yang cikgu tak dapat alamat email mereka. Harap projek ini akan berjaya. Terima kasih.

Daripada

Cikgu Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz
b.p Pengetua
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Kuala Lumpur

p/s: pohon kerjasama rakan-rakan untuk 'post' surat ini di blog masing-masing agar permintaan dapat dibaca dengan lebih meluas



8 comments:

Anonymous said...

OASIS jek? bekas pelajar Sekolah menengah kampung jati boleh x nk join skali? :D

TyRoX SaN said...

bleh je...


wat utk diri sndiri.heheh

Al-Walid Nadly said...

Thanks for the remind.Mase aku gi ASiS dlu ade gak Cikgu Shafrin gtau aku sal ni.Terlupa lak.

Insya Allah,nanti aku 4wardkan kat OASiS New Zealand=)

FaES said...

kp!!!
cmne ko nk wat nt? xkn nk wat sorg2 je kt edmonton tu! hahaha

TyRoX SaN said...

hoho..

aku ade je encik fuad fudhail kat sini. pstu jumaat ni aku pg montreal jumpa lagi 2 orang oasis. hehe

mcm ni la. ko pun wat je short video ko dekat vancouver. pstu nnti kita combine. amacam?

FaES said...

emm
ak rase nk buat video mmg ak x mampu...klu ak kasi gambo n then ko jadikan video ok x?

rafizzi said...

salam,
emmm slmt pulang ke malaysia ikut jepun nanti lah ye!! huhu

kalau gi paris, boleh jln² sket.. nways, asalkan sampai mlysia kan...huhu k baik² nanti!

MuniROsmaN said...

alamak aku lmbat tau la. tapi aku kat kuantan je, malu gak la. haha
tp mesti inspiring giler kalo dpt tgk masing2 punye video merate dunie!