Pages

Monday, May 31, 2010

Kau tetap di hati

Salam.

  • Baru sebentar tadi saya melawat blog milik seorang rakan bernama Islahuddin. Beliau merupakan rakan sekelas saya sejak dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.
  • Sebaik menjengah gambar di blog beliau, saya teringat saat bersama rakan-rakan seperjuangan hampir 5 tahun yang lepas.
  • Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang saya pelajari sepanjang berada di ASIS selama dua tahun.
  • Saya agak membenci suasana sekolah terbabit di awal pengajian namun benar kata peribahasa Melayu "Tak kenal maka tak cinta". Setelah beberapa ketika, saya amat menyukai persekitaran dan rakan-rakan baru di sekolah ini.
Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia

  • Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia merupakan visi yang dicanang oleh sekolah sejak dari awal penubuhan ASiS pada tahun 2003.
  • Guru-guru juga selalu berpesan kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berusaha bagi memastikan matlamat tersebut dicapai dengan secepat mungkin.
  • Walaubagaimanapun, saya merasa agak kecewa dengan diri sendiri kerana dilihat tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi yang digarap oleh pihak sekolah.
  • Sejak saya menamatkan pengajian di ASiS pada tahun 2005, saya lebih banyak menyembunyikan diri daripada aktiviti-aktiviti yang membabitkan kepimpinan.
  • Secara jujurnya minat saya untuk memimpin sebuah organisasi ternyata sudah pudar sama sekali dan saya lebih berminat untuk menjadi seorang pengikut biasa.
  • Namun begitu, saya amat berharap rakan-rakan saya yang lain dapat mencapai visi ini sekurang-kurangnya sebelum arkitek ASiS iaitu Tuan Pengetua bersara pada tahun hadapan.

2 orang sahabat karib saya semasa di ASiS
~~Sekian~~

p/s: sudah 3 tahun tidak melawat ASiS

p/s/s: Amat merindui rakan-rakan di saat ketawa dan menangis bersama sewaktu masa dahulu.

p/s/s/s: Maaf guru-guru kerana menghampakan harapan yang disandarkan di bahu ini.

4 comments:

AreDa said...

mybe now is ur rest time.after this mybe u can proceed to the next level of leadership.

miba said...

:)

Insya Allah satu masa nanti jika diberi peluang.. sebuah organisasi itu umpama rumah.. tidak semua dpt menjadi pintu.. dan tidak semua dpt menjadi atap.. jd, yg penting kita bersama2 membngunkan organisasi..

apies said...

ak rse yazrie sdng menuju matlamat tersebut...dia kan ade company sndri..

TyRoX SaN said...

areda: thanks... aku harap cmtue la.. keciwa gak bila cikgu asyik tnya ttg progress diri aku nie

islah: hurm... aku sgt setuju dgn ko.. yg pnting kita semua sama2 bangunkan organization

apies: hurm... hope we can get more ppl like that