- Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 agak membosankan. Walaubagaimanpun, gol yang dijaringkan oleh Afrika Selatan amat cantik sekali.
- Selesai sahaja perlawanan, saya dan beberapa rakan pergi berenang di kompleks sukan sementara menunggu perlawanan bola yang seterusnya (Perancis vs Uruguay).
- Semasa menonton perlawanan tersebut saya membuat keputusan untuk membuat kek pisang memandangkan bahan-bahan yang diperlukan sudah tersedia di dapur.
Bahan A
3 biji telur
2 cawan gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
Pisang yang dilecek (* lebih kurang 4-5 biji*)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan mentega atau minyak masak
Cara-Cara
1. Mix bahan A sampai kembang
2. Masukkan minyak dan mix
3. Masukkan pisang yang dilecek dan mix
4. Masukkan tepung dan mix
5. Masak dalam oven pada suhu 150 Celcius/ 356 Farenheit selama 45-50 minit
Tips
1. Guna pisang dengan lebih banyak jika mahukan rasa yang lebih enak (* Pisang Kanada kurang manis*)
2. Gunakan mentega
3. Kek yang sangat mudah!!
p/s: Kek yang dibuat kurang manis disebabkan saya mengurangkan kuantiti gula daripada 2 cawan kepada 1 cawan.
4 comments:
kek pisang plak yer...ahha
simple tpi cantik...layout bru bro....ehe....kek pisang best tpi ak kurng minat...ehe
Hmmm sedap nampaknya kek pisang ini. Kalau nak cuba kek black forest kunjungi blog ini http://fzmenu.blogspot.com
Note: saya dulu belajar di WMU Kalamazoo.
areda: hmmmm.... dah tue nak wat kek epal? haish
apies: haaa... aku dah lama nak tukar layout... tp malas...
sot: rsa dia besa je tp yg best sbb senang gile nak wat... hehe
Post a Comment