Pages

Thursday, August 5, 2010

Keyakinan Dalam Doa

Salam rakan-rakan,

  • Saya ingin memetik hadis yang berbunyi:
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

  • Pertama sekali, mari kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Ini merupakan nikmat yang sangat besar dalam hidup kita.
  • Seorang ahli perniagaan memberitahu yang rahsia bagi sesebuah kejayaan adalah DUIT(*Doa Usaha Istiqamah Tawakkal*)
  • Walaupun kita mempunyai kelebihan diri yang lebih baik berbanding orang lain namun kesedaran mengenai kekerdilan kita disisi Allah membuatkan kita sedar yang manusia bukannya seorang perancang yang sempurna.(*Kita boleh berusaha menjadi perancang terbaik tetapi kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar untuk digapai oleh manusia biasa*)
  • Justeru, kita sebagai umat Islam dinasihatkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T dalam kehidupan seharian. Kita juga harus yakin doa tersebut didengari Allah S.W.T dan akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
  • Namun begitu, kita harus sedar bahawa Allah Maha Mengetahui. Bantuan dan petunjukNya boleh datang daripada pelbagai cara dan kaedah. Mungkin hajat yang diimpikan tidak kesampaian tetapi rancangan Allah terhadap hambaNya adalah yang terbaik.
  • Hadis di atas juga menasihatkan kita agar tidak berdoa dengan bersyarat dengan Allah S.W.T kerana kita hanya hamba yang kerdil dan DIA adalah Pencipta kita.
  • Bayangkan jika kita mempunyai sebuah syarikat yang kaya raya. Seorang pekerja taraf bawahan datang meminta bantuan tetapi memberikan syarat kepada kita. Layakkah pekerja berkenaan?
  • Syukur alhmdullilah, Maha Pencipta amat mengasihi hambaNya. Biarpun kita berbeza pangkat dan darjat namun hanya iman dan taqwa yang membezakan kita disisi Allah S.W.T. Tiada perbezaan kaedah berdoa bagi seorang raja dan seorang pengemis di jalanan.

Ulasan

  • Di saat kita berduka dan mengalami kesusahan,anggap segala dugaan sebagai ujian dari Allah. Kita diuji sedemikian rupa kerana kita mampu mengatasinya dan Allah kasihkan kita sebagai hambaNya.
  • Nasihat seorang pakar daripada kalangan manusia mungkin dikenakan bayaran tetapi petunjuk dan bantuan Allah S.W.T adalah percuma. Namun kita harus berusaha untuk mencarinya dan yakin akan pertolonganNya.
  • Doa adalah senjata orang mukmin. Kita berada dalam kategori insan yang rugi jika kita tidak menggunakan senjata ini sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.
  • Yang baik datangnya daripada Allah S.W.T manakala yang buruk daripada kelemahan diri kita sendiri.
  • Seorang insan mungkin dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi Allah S.W.T. yang memberi kita kekuatan dan keazaman dalam menghadapi rintangan. Masalah itu diselesaikan hanya dengan kehendak Illahi.

~~Sekian~~

p/s: Mari kita berdoa dengan penuh beradab.

p/s/s: Semalam domain kena delete ngan delete sebab x bayar!!! tp arini dah ok... :))


4 comments:

nurayunni said...

bgus entri nie..

TyRoX SaN said...

sama2 kita beramal :)

Laila said...

bak kate seorang shbt sye, bersyukurlah kite bile ditimpa ujian atau musibah, sbb Allah sdg mmberi perhatian kpd kita..:-)

akmarhisham said...

penah pk tak..kite ckp smthng indirectly, tp org tuh dpt phm directly?

tp kbnykan yg berlaku, kite ckp direct tp dia x dpt directly?

this is my experiences.