Pages

Saturday, January 9, 2010

Steamboat

Salam rakan-rakan,

  • Saya baru sahaja pulang dari "Muslim Student Association Welcoming Dinner" bersama beberapa rakan-rakan saya. Majlis itu bermula pada jam 5.00 petang tetapi kami hadir pada jam 6.00 petang.
  • Upacara didahului dengan majlis ilmu yang diketuai oleh dua orang penceramah. Kelewatan menyebabkan kami agak tersipu-sipu ketika memasuki bilik alumni yang merupakan lokasi majlis tersebut.
  • Penceramah banyak menceritakan kisah-kisah sahabat Rasullah S.A.W yang berjuang bersama-sama baginda untuk menegakkan kesucian Islam.
  • Dalam satu contoh, penceramah menggambarkan peribadi seorang sahabat Rasullah S.A.W iaitu Saad bin Abi Waqqash yang mengembara ke negara China untuk tujuan dakwah. Kejayaan dakwah beliau dapat dibuktikan dengan syiar Islam yang terus subur di bumi negara tembok besar sehingga ke hari ini.
  • Ketika umur beliau sekitar 100 tahun, beliau berangkat pulang ke Tanah Arab dengan menggunakan kapal layar. Namun begitu, di pertengahan jalan beliau mengarahkan nakhoda berpatah balik kerana merasakan tanggungjawab untuk menjalankan tugas dakwah masih belum selesai walaupun pada hakikatnya pengorbanan beliau untuk jalan Allah S.W.T sudah terlalu banyak.
  • Buat pengetahuan rakan-rakan, beliau merupakan salah seorang 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa hayatnya namun jaminan tidak pernah membuat beliau alpa daripada terus berdakwah.
  • Beliau pulang menghadap Illahi ketika dalam pelayaran untuk berpatah balik ke negara China. Sesetengah pengkaji sejarah mengatakan jenazah beliau disemadikan di negara China.
  • Kisah perjuangan beliau membuatkan saya berfikir sejenak mengenai diri saya. Sememangnya diri ini amat kerdil sekali jika dibandingkan dengan para sahabat Rasullah S.A.W. Umat Islam pada masa kini tidak pernah diberi jaminan khas oleh Rasullah S.A.W tetapi kita masih leka dalam mengejar keseronokan dunia daripada keberkatan Illahi.
  • Saya menyeru diri saya dan juga rakan-rakan untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca sirah-sirah Islam agar semangat kita untuk memajukan diri dan mencari keredhaan tidak pernah luntur.

Masjid Huaisheng yang merupakan antara masjid tertua di dunia

"Steamboat"

  • "Steamboat" merupakan sejenis hidangan makanan laut yang direbus dalam periuk. Makanan laut ini direbus bersama sup ataupun tomyam.
  • Saya menulis tajuk ini kerana saya amat teringin untuk menikmati "steamboat" sebagaimana yang boleh dinikmati di Malaysia. Makanan laut di Alberta agak mahal membuatkan keinginan saya untuk menyediakan "steamboat" terbantut.
  • Ketika saya belajar di Kolej Universiti Sunway pada tahun 2006, terdapat sebuah restoran "steamboat" yang menyediakan makanan secara bufet. Harga bagi seorang pelanggan agak berpatutan tetapi pada ketika itu saya lebih gemar menjauhkan diri dari restoran berkenaan bagi menjimatkan wang.
  • Kunjungan saya bersama seorang rakan bernama Nurdinie Hazique merupakan kali terakhir saya makan "steamboat" di Malaysia.
  • Saya terlupa untuk menjamah "steamboat" ketika pulang ke Malaysia tempoh hari mungkin kerana terlalu gembira berada di tanah air yang ditinggalkan selama dua tahun.
  • Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca "post" saya pada kali ini. Semoga kita beroleh manfaat.
Bot yang berasap
Hidung berasap
Zaman ketika Dinie masih kurus dan belum berpunya

No comments: