Sunday, March 28, 2010

Kau bulan dan kau matahari

Salam rakan-rakan,

* kali ini aku x nak wat bullet style format*

Ayah dan Ibu.... ANak mu ini sudah dewasa.

Apabila seorang insan itu meningkat dewasa,
tanggungjawab beliau terhadap diri, agama, keluarga dan juga negara semakin bertambah,
Jika dahulu setiap keputusan yang diambil tidak perlu diberikan penilaian secara terperinci,
Tetapi sekarang setiap keputusan dan tindakan mempunyai harga yang besar untuk dibayar,

Shikamaru berkata pada Naruto,
Jika dahulu kita golongan yang menerima dan dibimbing,
Tetapi sekarang kita sudah dewasa dan harus berfikiran matang,
Kita harus menjadi golongan yang bersedia untuk membimbing generasi yang akan datang.

Seorang ayah menasihatkan anaknya agar sentiasa cekal untuk menuntut ilmu,
Pada ketika itu anak kecil itu membentak kerana masih tidak faham erti dunia yang sebenar,
Kini si anak sudah besar panjang dan malah bersedia untuk bergelar suami orang,
Satu hari nanti anak yang pernah dinasihati akan membimbing anak-anak kecilnya.

Anak kecil mungkin hanya tahu merengek,
Apabila hajat di hati tidak dipenuhi kedua ibu bapa,
Namun kini anak kecil sudah dewasa,
Beliau hanya menangis dalam hati kerana tidak mampu memenuhi hasrat anaknya.

Mak... Saya sudah kehabisan duit untuk bulan ini,
Pinta anak kecil yang hanya tahu meminta duit tanpa terfikir untuk berjimat cermat,
Namun ibu tidak pernah merintih walaupun ibu hanya makan nasi berlaukkan garam,
Ayah yang mendengar khabar susah hati mengenangkan perbelanjaan sekolah anak kecil.

Kini. Anak kecil sudah dewasa,
Beliau sedar bahawa tiada benda yang percuma di muka Bumi ini,
Hendak dipinta bantuan ibu dan ayah sudah mustahil,
Kerana mereka sudah pergi untuk selamanya.

Ayah..... Ibu..... rintih anak yang dengan linangan air mata,
Si anak kesal kerana sentiasa ponteng kelas agama pada satu ketika dahulu,
Kini beliau hanya boleh menyesal kerana tidak mampu menjadi imam solat untuk keluarganya,
Dek kerana kejahilannya dalam ilmu dan ibadat.

Si anak berjalan seorang diri dalam kesesakan kota raya,
Di satu sudut ada orang menangis,
Di satu sudut lain ada orang yang ketawa,
Si anak bingung dan ketakutan melihat ragam manusia.

Ibu... saya rindu dakapanmu,
Dahulu si anak menengking ibu kerana melarang beliau berjinak dengan kebebasan total,
Kini beliau sudah keluar dari kaca perlindungan yang pernah dikawal rapi ibu dan ayahnya,
Maka sedarlah si anak bahawa beliau masih tidak bersedia untuk berdikari.

Ibu,
Terima kasih kerana melahirkan ku ke bumi ini,
Inilah hadiah yang paling istimewa dalam hidupku,
Kau tetap permata di hati ku untuk selamanya.

Ayah,
Aku tahu kau bukan dari kerabat diraja yang mampu memberi kemewahan kepadaku,
Namun tidak sedikit pun ku merasa benci atas kekurangan mu itu,
Terima kasih di atas segala pengorbanan ke atas keluarga ku.



* pelik aku tgk klip video nie... x mcm utk mak n ayah pun... cam utk orang bercinta je*

2 comments:

chokio_nia said...

weh..ko buat aku nak nanges ne..pujuk balek cepat..=(

TyRoX SaN said...

haaa. sape suruh stadi kat obesi... :))