Sunday, March 14, 2010

Muzik



Salam rakan-rakan,

  • Mendengar muzik merupakan salah satu hobi saya sejak dari kecil. Rasanya dalam sehari, saya pasti akan mendengar sekurang-kurangnya satu lagu.
  • Jika masih kecil dahulu, saya hanya mendengar lagu daripada radio sahaja tetapi sering sahaja diganggu oleh kakak-kakak saya memandang hanya terdapat 1 buah radio dalam rumah kami pada ketika itu.
  • Kadang-kala, saya akan mendengar lagu dari kaset-kaset milik kakak saya walaupun pada ketika itu saya langsung tidak memahami lagu bahasa Inggeris yang dimainkan.
  • Setelah umur meningkat, walkman "cikai" berharga RM 10 mula popular di pasar malam. Kelebihan walman ini, pengguna tidak perlu untuk mengubah frekuensi secara manual tetapi hanya perlu menekan butang "scan" dan stesen akan dipilih secara automatik. Walaupun cuma berharga RM 10 (besar kot nilai ni pada ketika itu), saya terpaksa menyimpan duit untuk 2 bulan bagi membeli walkman ini.
  • Selepas itu, era "discman" mula popular di Malaysia tetapi saya tidak pernah memiliki "discman". Saya bersyukur kerana tidak tidak membeli discman disebabkan era "discman" sudah tenggelam dek pengenalan mp3.
  • Mp3 memang lagi baik dari "discman" atau "walkman" kerana ianya ringan, kecil, dilengkapi dengan radio dan boleh menyimpan koleksi lagu-lagu kegemaran. Mp3 saya yang pertama dibeli ketika saya berumur 18 tahun di PC Fair Kuala Lumpur. Kalau diikutkan hati masa itu mahu sahaja Sony Mp3 dibeli tetapi disebabkan kewangan yang kurang baik, saya hanya membeli jenama "cikai". Sekurang-kurangnya ada juga MP3 walaupun hayat baterinya amat singkat.
Muzik dan Irama.
  • Orang cakap muzik boleh menenangkan jiwa kita dikala kita tidak tenteram. (Hakikatnya membaca Al-Quran adalah cara yang terbaik itu mengubat masalah di hati)
  • Pada zaman sekarang, teknologi benar-benar menyenangkan hidup manusia. Jika dahulu, kita terpaksa meminta kepada tuan kedai muzik untuk memainkan lagu pilihan sebelum membeli kaset ( tuan kedai mesti nak bagi penendang kalau kita minta dia mainkan banyak kaset), tetapi sekarang kita boleh mendengar lagu-lagu tersebut secara percuma di Internet terutamanya Youtube.
  • Dalam sehari rasanya sekurang-kurangnya 10 kali saya akan mendengar lagu daripada Youtube walaupun pada hakikatnya saya sudah mempunyai lagu tersebut dalam komputer saya.
Youtube yang kadang kala melalaikan :))

  • Malah kita juga mampu memuat turun lagu-lagu kegemaran daripada Youtube secara percuma dengan menggunakan perisian dan laman web tertentu ( ini bukan cara yang elok. Jika nak tahu caranya sila cari dengan sendiri di Internet)
  • Saya memilikin sebuah PSP yang dibeli beberapa tahun lepas. Pada mulanya PSP ini digunakan untuk bermain "game" namun lama kelamaan saya menggunakannya lebih kepada MP3.
PSP yang sudah lama tidak digunakan. Ada sesiapa nak beli?

  • Salah satu tabiat saya ketika mendengar muzik adalah kecenderungan untuk mendengar lagu yang sama secara berulang-ulang sehingga saya merasa bosan. Oleh itu, saya tidak pernah mempunyai mana-mana artis kegemaran sehingga kini. Saya akan mendengar mana-mana lagu yang sedap didengar oleh telinga.
Saya pernah menggunakan Ipod dan Sony MP3. Sony MP3 jauh lebih baik daripda Ipod

  • Percaya atau tidak, "play mode" dalam sony mp3 saya adalah "Repeat 1 song" di mana saya akan mendengar lagu yang sama dalam masa beberapa hari walaupun terdapat beratus-ratus lagu dalam mp3 ini.
  • Seperkara lagi, saya berpendapat muzik mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan. Sebagai contoh, jika insan yang istimewa mencadangkan lagu kegemarannya, minat kita pada sesebuah lagu yang selama ini tidak digemari boleh bercambah secara tiba-tiba. Malah andai kita tahu si dia mendengar sesebuah lagu, kita pasti cuba mendengar lagu yang sama mungkin untuk cuba menjiwai perasaan orang berkenaan. Secara tidak sedar, kita akan meminati lagu yang sama dengan si dia.
  • Andai kata, saya tertinggal mp3/psp/laptop, saya akan menggunakan telefon bimbit Nokia 5800 XpressMusic bagi mendengar lagu. Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh telefon ini sangat mengagumkan tetapi saya jarang menggunakannya semata-mata bagi tujuan mendengar muzik. Dalam erti kata lain, ini merupakan telefon terbaik pernah saya miliki.
Nokia 5800 XM

  • Saya ingin mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlalu lalai dengan muzik. Dengarlah muzik pada kadar yang patut tanpa melupakan tanggungjawab pada Allah dan juga sebagai manusia yang berakal sempurna.
  • Jika berasa sedih, jangan didengar lagu yang "super jiwang" supaya hati tidak bertambah menderita. Sebaliknya, luangkan masa bersama rakan-rakan dengan melakukan aktiviti berfaedah bagi mengubat luka di hati. Yang lebih baik, bacalah Al-Quran yang merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad S.A.W.
~Sekian~~

Lagu Pilihan( Belle)



Gambar Pilihan (ASiS)
p/s: Tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Alam Shah

p/s/s: saya sebenarnya rasa nak........... :))

p/s/s/s: bila aku ckp "belle" lagu pilihan aku hari ini. Agaknya dah brape kali aku dgr lagu tue untuk hari ini saje?

8 comments:

afiqah said...

anem's favourite song as well :)

TyRoX SaN said...

afiqah...


really? hoho.. suara penyanyi mmg jantan gile seyh

Mr Kamikaze said...

Dengan dengar muzik dpt hiburkan hati seketika..

chokio_nia said...

try la dgr maher zain nye lagu..bes..=)

TyRoX SaN said...

chokia_nia:

haaa.. dah penah dgr... mmber aku si amad tue dah penah rekemen kat aku.. hehehe :P

AreDa said...

ni sangat betol >> "insan yang istimewa mencadangkan lagu kegemarannya, minat kita pada sesebuah lagu yang selama ini tidak digemari boleh bercambah secara tiba-tiba"

p/s::kesimpulannya ko mmg byk duit,mp3 ada,psp ada,nokia xpress music ada,walkman cikai ada,labtop ada...ish2...hehehhe

Azraf Hipni said...

Orang cakap muzik boleh menenangkan jiwa kita dikala kita tidak tenteram. (Hakikatnya membaca Al-Quran adalah cara yang terbaik itu mengubat masalah di hati)

aku dah lama nak tulis psl point atas ni. Bile aku baca status2 fesbuk,etc, saying "music is my life"... ape hukumnye ek? mcm dah lari akidah je.

tolak psp kat aku. tolak murah , sudeyh. 20cad ke. free ke. kata ceo tnb 2020.

TyRoX SaN said...

areda: haish.. mna ade seyh... aku balik ni ko yg kena blanja aku daa... :))

azrap:hoooo. ko jgn tnya hukum kat aku seyh.. ttg hukum tnya anwar berahim,karpal asing, or lim guang seng (khalifah) coz dorang lagi arep bab2 cmnie...