- Setiap tahun saya membelanjakan beribu-ribu dollar Kanada bagi tujuan "pelancongan" dan juga "snowboarding".
- Alam pengajian yang berbaki setahun sahaja lagi membuatkan saya mula memikirkan tentang keperluan bagi masa hadapan.
- Wang bukanlah segalanya dalam hidup tetapi amat penting dalam menjamin kestabilan hidup.
- Saya membayangkan lebih banyak wang boleh disimpan jika saya menghentikan perbelanjaan bagi dua tujuan yang disebut sebelum ini.
- Ini tidak bermakna saya tidak pernah merancang kewangan tetapi saya merasakan keperluan untuk melipat gandakan usaha berkenaan memandangkan saya bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan..
- Sekurang-kurangnya, wang yang dikumpul sedikit sebanyak bakal membantu saya bagi memulakan kehidupan baru yang lebih mencabar. Insya allah simpanan ini juga boleh mengelakkan saya daripada dibelenggu hutang bank.
- Yang paling utama, saya boleh mengelakkan bantuan kewangan daripada ibu bapa saya. Cukuplah rasanya ibu bapa saya membantu hampir 20 tahun dan sepatutnya saya sudah mampu berdikari tanpa bantuan mereka. Insya allah.
- Rumah
- Kereta
- Simpanan ASB bagi jangka masa panjang
- Rumah yang ada tangga sendiri :P
- Snowboarding
- Travelling
p/s: Travelling cam senang je nak sacrifice... tapi "snowboarding" mcm tersangat memeritkan.. :((
3 comments:
traveling mmg sgt mengujakan.tp kdg2 kite terpakse korbankan ape yg kite suke untuk sesuatu yg lbih penting..nice blog btw..:-)
kan2x? travel mmg best tp duit pun best gak... hehe
cakap jelah direct nak savings sbb nak kahwin :P
Post a Comment