Friday, January 21, 2011

Ahmad Shafrin Bin Abdul Aziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohd Idrus Bin Abdul Hamid, Yang dihormati Timbalan Pengetua Akademik,Encik Razmi Bin Abdul Razak, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Encik Ahmad Shafrin Bin Abdul Aziz, Timbalan Pengetua Ko-Kurikulum, Encik Rijaluddin Bin Che Mat, Guru-Guru Kanan, Guru-Guru Cemerlang, guru-guru, barisan pemimpin pelajar serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

  • Berikut merupakan kata-kata aluan yang pernah digunakan hampir 6 tahun yang lepas ketika saya masih di bangku sekolah. Kadangkala saya kurang gemar berucap kerana terpaksa memulakan dengan kata-kata aluan yang agak panjang yang sudah menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah ucapan pada upacara rasmi.
  • Namun begitu, memori memberi ucapan dengan kata-kata aluan merupakan salah satu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Terima kasih ASiS kerana pernah memberi saya peluang berucap di pentas yang telah banyak melahirkan insan-insan berwibawa samada dari Sekolah Alam Shah mahupun Sekolah Menengah Sains Alam Shah.
Timbalan Pengetua HEP ASiS

  • Encik Ahmad Shafrin merupakan Timbalan Pengetua HEP ketika saya menuntut di ASiS sehingga beliau ditukarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak sebagai Timbalan Pengetua Akademik dalam 2 minggu yang lepas.
  • Beliau merupakan seorang guru dan mentor yang baik pada saya. Beliau sendiri banyak membimbing saya untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih berwibawa.
  • Saya agak terkilan kerana saya tidak mungkin lagi dapat melihat kelibat dirinya tatkala melawat ASiS pada masa akan datang. Beliau merupakan antara guru yang rapat dengan saya walaupun setelah saya melangkah kaki meninggalkan ASiS bagi menggapai sebuah cita-cita.
  • Walaupun adakalanya saya kurang bersetuju dengan pendapat/idea beliau namun saya masih mengagumi daya penakulan beliau dalam meneliti sebarang masalah atau ketika merumus idea demi kebaikan ASiS dan rakan-rakan pelajar.
  • Saya juga percaya ada ketika beliau sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan saya sebagai pemimpin namun masih memberi sepenuh kepercayaan kepada saya bagi melaksanakan idea tanpa gangguan daripada beliau. Ini mungkin dilakukannya bagi memberi peluang belajar erti kesilapan dan berusaha untuk mengenal potensi diri.
  • ASiS mampu berdiri gah pada hari ini kerana disiplin yang baik dikalangan pelajarnya. Ketegasan beliau selaku Timbalan Pengetua HEP yang juga Ketua Warden telah membantu menaikkan nama ASiS menjadi sebuah SBP yang unggul di Malaysia pada hari ini. "Top 5 SPM peringkat kebangsaan" selama beberapa tahun berturut-turut seharusnya menjadi bukti kecemerlangan akademik ASiS yang bertitik tolak daripada program pembangunan disiplin dan sahsiah yang jitu.
  • Terima kasih kepada Encik Ahmad Shafrin kerana pernah membimbing saya pada suatu ketika dahulu. Saya mungkin tidak menjadi insan yang diharapkan oleh cikgu namun saya tidak pernah melupakan segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu pada saya.
  • Selamat maju jaya di SBPi Gombak.
~~Sekian~~

p/s: TQ cikgu!!

p/s/s: cam dah xde cikgu yang rapat dengan aku je lagi kat ASiS.. aduss.

3 comments:

apies said...

baik gak ngn aku...dia dah tukar ke??xtau pon..:(

Anonymous said...

thanks... sbb dia pen kanan skul aq... ha3

Anonymous said...

dia x suka tuang klas pun.. sbulan nampak terpelajar pun kitorang...