Tuesday, January 18, 2011

Kamu bukan profesional tetapi .....

Salam,

Seorang guru pernah memberitahu saya yang hidup ini umpama sarkas. Di satu sudut kita dapat melihat sekumpulan badut berpura-pura di sebalik topeng/solekan mereka bagi menghiburkan hati pengunjung terutamanya kanak-kanak. Pengunjung yang hadir tidak kisah tentang perihal seorang badut mahupun latar belakang badut tersebut. Perkara yang diketahui oleh para pengunjung mereka hanya insan yang bertopeng. Walau siapa pun mereka kita hanya melihat luarannya sahaja.

Di satu sudut lain pula kelihatan pengunjung yang sedang bersuka ria menikmati permainan/persembahan dalam sarkas. Mereka ketawa, mereka tersenyum dan pastinya mereka amat gembira. Kegembiraan itu kadangkala membuat mereka terlupa tentang perkara yang sepatutnya mereka ambil berat dalam kehidupan seharian.

Di sarkas juga kelihatan kanak-kanak yang merengek sambil menangis kepada ibu bapa. Mereka cuba menarik perhatian agar permintaan seperti belon dan permainan dipenuhi oleh ibu bapa.

Terdapat juga insan di sarkas yang hanya memandang insan lain bergembira,menangis dan melakukan pekerjaan sebagai badut. Insan ini hanya mundar mandir dan kadang kala terpana di suatu sudut. Mereka kelihatan tidak mempunyai arah tujuan bagi namun pasti ada sesuatu yang berlegar dalam minda mereka yang hanya diketahui sang empunya diri.

Mungkin insan yang paling gembira di sarkas adalah pemilik premis terbabit. Biarlah pengunjung yang datang itu ketawa,menangis dan sebagainya, yang dititik beratkan hanya keuntungan yang diperoleh daripada setiap pengunjung.

~~Ini hanya pendapat seorang guru saya yang ditambah beberapa isi oleh saya sendiri~~

Kamu bukan profesional tetapi tidak ubah seperti seekor keldai jika

  • Kamu hadir dalam mesyuarat yang membenarkan kamu bersuara tetapi kamu hanya mengikut/mengangguk/berdiam diri. Namun setelah keputusan majoriti dicapai, kamu menyuntik racun agar keputusan tersebut tidak dapat direalisasikan dengan jayanya
  • Kamu berlindung di sebalik uniform/pekerjaan/status kamu namun kamu mencapainya dengan cara yang tidak benar.
  • Kamu mengaku kerja yang dilakukan oleh insan lain sebagai hak milik kamu. Kamu cuba mendapat nama di sebalik kejayaan yang tiada langsung hasil titik peluh kamu.
  • Kamu terlalu bongkak untuk mengaku kurang arif tentang sesuatu. Sebaliknya kamu berpura-pura tahu segalanya sehingga kerja yang dilakukan mendatangkan hasil yang buruk. Kamu pula melarikan diri malah memasang perangkap insan lain akan bertanggungjawab bagi kesilapan kamu.
  • Kamu memilih seorang pemimpin bukannya untuk dihormati/disegani/dipatuhi agar segala urusan berjalan dengan lancar. Namun kamu memilih seorang pemimpin agar beliau boleh dikerjakan dengan pelbagai beban dan di saat yang sama kamu menjadi parasit yang melemahkan kepimpinannya.
~~Sekian~~

p/s: My heart is in pain but I'm smiling for you :)

2 comments:

E F F A R I N I said...

Sangat suka entry ni. Terima kasih sebab mengingatkan diri yang mudah alpa ni :)

TyRoX SaN said...

sama2 effa :)