Pages

Thursday, January 20, 2011

Change!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  • Saya ingin berkongsi pendapat tentang drama Jepun lakonan Takuya Kimura yang dirasakan sangat menarik untuk tontonan umum.
  • Drama ini bertajuk "Change" berkisar tentang kisah seorang guru yang diangkat menjadi ahli politik dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Jepun yang merupakan salah sebuah negara maju di dunia.
  • Bagaimana seorang guru biasa mampu menjadi seorang Perdana Menteri tidak perlu didedahkan disini kelak kerana akan menjadi "spoiler" bagi rakan pembaca.
  • Kebanyakkan pemimpin yang berada di sekeliling kita berupaya menggapai status tersebut disebutkan faktor pengaruh dan keluarga yang ternama. Namun drama ini menampilkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan disayangi rakyat.
  • Jepun merupakan sebuah negara yang mengagungkan sistem birokrasi secara ketat sekali. Ini bermakna sebarang perubahan kepada sistem birokrasi yang menyusahkan bukannya sebuah kerja yang mudah walaupun seseorang itu berstatus Perdana Menteri.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut, saya menyarankan rakan-rakan menonton drama ini. Drama ini mungkin kekurangan unsur romantik yang diburu oleh remaja masa kini namun saya yakin contoh dan pengajarannya boleh dijadikan pedoman dalam membentuk jati diri kepimpinan.
  • Jangan risau kerana drama bukannya ini tidak terlalu serius dan tidak membosankan.


Pengajaran daripada "Change"

  • Seorang pemimpin tidak memerlukan pengaruh atau status yang tinggi. Seorang pemimpin mesti berilmu pengetahuan samada dalam hal dunia atau akhirat, akhlak yang baik dan bersopan-santun. (*isu akhirat tidak diberi penekanan dalam drama ini*)
  • Pemimpin mesti bersedia mengaku salah dan bertanggungjawab membetulkan kesilapannya. Seorang pemimpin harus diberi ruang untuk melakukan kesilapan tetapi beliau tidak boleh melarikan diri daripada masalah.
  • Komunikasi yang baik antara pemimpin dan rakyat amat penting bagi memastikan rakyat memahami aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara dan juga bagi menjamin pemimpin dapat merasai keperitan menjadi rakyat biasa.
  • Pemimpin memerlukan kumpulan pembantu yang bagus dan bijak supaya beliau mampu merumuskan polisi atau penyelesaian yang terbaik.
  • Seorang pemimpin mesti berkeinginan menjadi ketua kepada rakyat kerana ingin menyelesaikan masalah mereka bukannya bagi mencapai kepentingan diri sendiri.
  • Seorang pemimpin harus tegas dan berani kehilangan jawatan bagi menegakkan sesuatu yang benar. Beliau tidak seharusnya gentar akan isu populariti sekiranya beliau yakin tugas yang dilaksanakan itu berlandaskan perkara yang benar.
  • Seorang pemimpin harus sentiasa mendengar dan berfikiran terbuka terhadap pendapat,aduan atau kritikan daripada mana-mana pihak. Beliau harus bersopan santun biar pun diasak dari segenap pelusuk arah.
  • APABILA seorang pemimpin sudah dipilih secara adil maka beliau MESTI sedar kedudukannya sebagai PEMIMPIN SELURUH RAKYAT bukannya PEMIMPIN SATU PARTI POLITIK. Beliau harus bersikap adil dan melayan rakyatnya termasuk pihak pembangkang yang mengkritiknya tanpa henti tanpa diskriminasi. Beliau harus memberi aspirasi agar rakyat memahami niatnya yang murni bagi kemakmuran negara bukannya memaksa rakyat mengikut setiap kehendaknya.
~~Sekian~~

p/s: Aku setiap kali dengar ucapan takuya kimura dalam cerita ini memang meremang habis bulu roma. Rasa semangat membakar gile.

p/s/s: Sehebat-hebat seorang lelaki, beliau memerlukan seorang insan yang bernama wanita :)

p/s/s/s: ...............

3 comments:

Anonymous said...

ko penah recommend cite ni kat aku dlu.. mmg best!

farah_hanani said...

ada jugak geng tengok cerita change ni rupanya.

TyRoX SaN said...

farah: best kan?