Salam rakan-rakan,
- Saya bangun tidur je hari ini saya rasa sangat senang hati. Jadi saya pun b'cadang utk memasak sesuatu pada hujung minggu.
- Habis sahaja kelas "French", saya terus ke West Edmonton Mall untuk mencari biskut Marie warna putih. Sebenarnya, saya dah cuba untuk mencari biskut ini semalam tetapi usaha saya gagal.
- Pulang sahaja ke rumah, saya terus menyiapkan kelengkapan "kek batik".
Bahan-bahan yang digunakan:- 3 biji telur ayam
- 1 buku mentega
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 + 1/2 cawan serbuk milo
- 1 bungkus biskut marie warna putih ( jangan guna perisa lain sebab nanti tak sedap)
- 1 tin kecil susu pekat manis
Cara memasak - Cairkan mentega dalam kuali.
- Masukkan 1 tin susu pekat manis. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan campuran serbuk Milo dan koko. Kacau smpai sebati jgak.
- Tutup api. Masukkan biskut marie yang telah dibelah-belah kecil( patah dua pun dah kira OK). Gaul sehingga rata.
- Tuang adunan ke dalam bekas/loyang. Tekan adunan sehingga rata.
- Biarkan kek sejuk utk smntara waktu. Lepas tue masukkan kek ke dalam peti ais.
- Selepas beberapa jam, kek boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Adunan tanpa Biskut Marie
Adunan pada peringkat akhir
Kasik tekanan skit
Kek yang sudah siap!!!
Ini namanya kek batik!! :D
p/s: Saya tgh happy!
p/s/s: 1st time masak kek batik sndiri.....ini kek paling senang dimasak...
p/s/s/s: Kek ni dah nak habis dalam masa kurang dalam sejam
12 comments:
saya sgt suke kek batik..mudah cepat dan lazat..!!!=)
hoooo...
aah... sgt senang n cepat kan?
superb!
pergh.
mantap bro..
ble nak ajar ak plk ni
tahniah..
dah boleh kawin pas ni
hakhak
waa.. rindu kek batin n kek lapis sarawak~
aahhaha...akhirnya jadi jugak ang wat kek batik ek...haha...nway TAHNIAH..aku pon nk try wat la nnt..heheh
baru perasan, telur masuk waktu bila wei??
rafi: haish... awal lg kot.... :D
islah: hooo... kek batik sarawak ssah kot nak wat.
areda:hahaha... kan aku dah ckp.. msti jdik punya. lalala... telur masuk lepas masukkan susu...
nice one :)
sangat menarik, terima kasih
afiqah: thanks
anonymous: hoho... sama2x :D
Post a Comment