Pages

Thursday, January 7, 2010

Tidur

Salam rakan-rakan,

  • Tidur merupakan nikmat yang tidak terperi ALLAH S.W.T kurniakan kepada manusia. Hidup ini pasti menderita jika nikmat ini ditarik balik daripada kita.
  • Tidur juga merupakan satu proses dalam proses pembelajaran. Ketika tidur, otak akan berada dalam keadaan rehat yang membolehkan otak menyimpan segala maklumat yang dipelajari dengan lebih mudah.
  • Namun begitu, tidur yang berlebihan juga mampu menjejaskan kesihatan dan prestasi seseorang individu. Malam diciptakan sebagai waktu yang sesuai untuk manusia berehat manakala waktu siang pula bagi manusia melakukan kerja.
  • Seorang pakar mengatakan kadar kemalangan yang tinggi pada waktu malam adalah disebabkan pelanggaran norma badan manusia yang ingin berehat pada waktu malam.

Kisah di waktu malam.

  • Sejak beberapa hari yang lepas saya mengalami masalah untuk melelapkan mata pada waktu malam.
  • Saya agak khuatir jika keadaan ini akan menjadi teruk seperti kejadian yang berlaku pada saya pada tahun lepas. Pada musim peperiksaan tahun lepas, saya terpaksa berjumpa dengan doktor dan diarahkan untuk mengambil pil-pil yang sepatutnya dijauhkan. Keadaan ini berterusan untuk beberapa minggu menakibatkan saya sedar betapa besarnya nikmat tidur yang diberikan selama ini.
  • Pada minggu lepas, saya menikmati roti bersama dengan air susu di hadapan komputer yang terletak di atas meja belajar saya. Saya memakan roti tersebut sambil menonton anime "Full Metal Panic".
  • Setelah makan beberapa ketul roti tersebut (roti ini berbentuk bulat seperti roti 'ban') saya menolak roti dan gelas susu ke bahagian hujung meja dan terus menonton anime.
  • Tepat jam 3.00 pagi, saya berasa keletihan dan membuat keputusan untuk melelapkan mata. Oleh kerana terlalu malas dan mengantuk , saya hanya membiarkan gelas dan roti tersebut tersadai di atas meja. Dalam masa itu, saya cuba mencari pengikat pembungkus roti tersebut tetapi gagal menjumpainya. Lalu saya melipatkan hujung bungkusan tersebut dan meletakkan gelas di atas lipatan supaya roti tidak menjadi lemau.
  • Setelah berjaya mengenakan tekanan terhadap lipatan tersebut dengan gelas saya pun terus meluru ke atas katil dan melelapkan mata.
  • Ketika saya sedang enak diulit mimpi, saya merasakan suatu objek menghempas muka saya dengan kuat. Akibatnya saya terjaga dari dibuai mimpi indah dan berada dalam keadaan terpinga-pinga.
  • Dalam keadaan gelap saya meraba-raba bahagian dada saya dan saya dapat merasakan satu objek. Lalu tangan saya terus menggapai suis lampu meja bagi melihat objek tersebut.
  • Alangkah terkejut apabila melihat objek tersebut adalah bungkusan roti yang dinikmati oleh saya sebelum merehatkan diri atas katil
  • Lebih mengejutkan, bungkusan itu diikat dengan pengikat yang gagal dicari oleh saya sebelum tidur.
  • Saya melihat gelas susu masih lagi berada di atas meja tetapi bungkusan ini pula berada dalam tangan saya sedangkan jarak antara katil dan meja belajar agak jauh. Tersentak dengan itu, perasaan seram mula menyelubungi diri.
  • Saya terus bangun ke bilik rakan saya (Fayuti yang ketika itu sedang tidur dalam bilik Razly) bagi mententeramkan diri namun niat itu dibatalkan kerana melihat rakan yang sedang tidur nyenyak.
  • Setelah mengambil wudhu dan membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran, saya menyambung semula tidur saya tetapi dengan lampu yang terpasang.
  • Sehingga ke hari ini, saya masih dibelenggu dengan persoalan tentang kejadian roti tersebut. Namun kejadian itu tidak berkaitan dengan masalah tidur yang sedang saya hadapi pada waktu ini.
~~~~~Biarkan misteri kekal misteri~~~~


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



lagu kegemaran

p/s: penakut!!

9 comments:

b0 said...

errr akmal, ade lagi yg lebih menyeramkan,

- aku tak dpt tdo malam before 1st day class. mungkin aku ade masalah yang sama.

- aku baru pas layan lagu m2m tuh abes abesan petang tadi.

mmg tu ke symptom2 nak jadi gempak cam ko?

crot said...

haha, boleh buat filem paranormal weh.

Nadly said...

Roti pun ade perasaan gak Mal.

TyRoX SaN said...

bo:

aku rsa ko t'lalu keletihan sejak b'gelar sorang mechanical engineer yg paling kacak di UoA....

aku tau cmna pun aku try aku xleh standing ngan ko... kalo setanding dr akademik pun... keenseman ko ttp mnwan

TyRoX SaN said...

crot:

haish... aku nak masuk rncangan misteri north america la cmni...

TyRoX SaN said...

nadly:

ade ke? hoho... aku bukan x nak abis kan roti tue cuma aku nak smpan utk hari esok. hik2..

Fakhrus said...

salam,
bleh tahan gak citer ko nih, dah le kat sini tgh mlm. ak plak baru baca. haha...

Anonymous said...

err...roti berhantu?huhu

... said...

MashaAllah! are u sure u remembered correctly? Must be Allah's doing! Maybe He was trying to tell you something(teach u a lesson kot?^^). hmm.. anyway, luckily it's nothing dangerous.. it's just roti.. lol ^^

salam,
Liana