- Di saat lapang saya meluangkan masa untuk menjengah "profile" rakan-rakan saya di "Facebook".
- Si dara yang dulunya comot kini sudah semakin cantik dan ayu.
- Si teruna yang dahulunya selekeh pula sudah semakin bergaya.
- Tidak kurang juga rakan-rakan yang pada suatu masa dahulu mempunyai susuk tubuh yang kecil tp sekarang perut sudah agak memboyot ke hadapan.
- Melihat pelbagai "profile" rakan-rakan mendatangkan pelbagai perasaan kepada saya.
- Selalunya saya hanya memeriksa bahagian "INFO" bagi mengetahui perkembangan semasa rakan saya seperti pekerjaan, universiti dan seangkatannya.
- Hati berasa senang melihat kebahagian rakan yang sudah berkahwin malah ada yang sudah bergelar ibu atau bapa.
- Saya juga hanya mampu tersenyum melihat rakan-rakan bergaya di "Facebook" dengan pakaian graduasi pada majlis konvokesyen.
- Walaubagaimanapun, saya berasa amat sedih apabila menjengah "profile" rakan-rakan saya yang sudah kembali ke rahmatullah. Bukannya saya enggan mengingati mereka tetapi membayangkan hamba Allah tersebut masih di "Facebook" cukup untuk menghancur tembok air mata.
- Saya agak kesal dengan segelintir rakan yang menghantar komen di "profile" hamba Allah berkenaan seolah-olah beliau masih hidup. Ucapan seperti "Selamat Hari Raya" dengan selambanya ditulis kononnya untuk menonjolkan rasa rindu.
- Redhalah dengan pemergian mereka. Hanya iringan doa yang diperlukan oleh mereka pada saat ini dan saya pasti medium doa tersebut bukannya melalui "Facebook".
- Kepada rakan-rakan yang gemar memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat di "Facebook", beringatlah yang kematian itu pasti.
- Bayangkan jika kita meninggal dunia hari ini tetapi gambar-gambar tidak menutup aurat ditatap oleh jutaan manusia yang langsung tiada hak atas kita.
- Mampukah kita menanggung dosa-dosa tambahan tersebut sedangkan dosa yang dikumpul sepanjang hayat mungkin sudah terlalu banyak. Wallahualam.
p/s/s: 1st Love
3 comments:
nice entri... all d best exam.
jom vote tikah. number 127! =)
http://banyaktehkereta.blogspot.com/2010/12/undian-telah-dibuka.html
tq taw...
yg part 'boroi' tu aku terasa ok! :P
tp btol lah.. bayangkan klu kita upload gmbo2 yg boleh menimbulkan fitnah.. mende2 tu akan berterusan wlupun kita dh mati kan.. huhu
apa2 pun semoga berjaya exam!
areteacar: done :)
islah: eh... ko makin ensem la aku tgok.. hahahaha...
Post a Comment