Tuesday, December 28, 2010

Orang kita

Salam,

  • Orang hanya gemar berkata-kata tanpa tindakan susulan.
  • Orang gemar menuding jari apabila tragedi berlaku. Jarang sekali yang berani tampil ke hadapan dan memikul tanggungjawab. Namun, orang sanggup menggadai maruah untuk wang dan harta.
  • Orang mengungkit apabila diberi ujian tetapi bongkak apabila mendapat rezeki. Bukankah kedua-duaNya diturunkan oleh Allah?
  • Orang kononnya cintakan Islam. Muslim memegang anjing dimaki hamun namun muslim yang bukan muhrim berpegangan dikatakan pasangan romantik.
  • Orang gemar berkelakuan ekstrem tentang agama kononnya cintakan agama. Al-Quran dibakar kita pun melatah secara berlebihan sedangkan Allah sudah berjanji akan memelihara kitabNya sehingga hari kimat kelak.Bagaimana dengan Al Quran yang berhabuk di rumah?
  • Orang gemar bercakap tentang politik tetapi apabila ditanya tentang rukun negara dan prinsip asas perlembagaan pun tergaru kepala.
  • Orang mudah bangga apabila dipuji namun benci apabila dikritik demi kebaikan.
  • Orang gemar meminta-minta namun sukar untuk memberi. Bukankah tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima?
  • Ungkapan terima kasih dan maaf kedengaran mudah namun masih yang berat mulut mengucapkannya.
  • Pemimpin adil perlu dihormati, pemimpin zalim harus disanggah. Walaubagaimanapun, orang masih sanggup berkompromi dengan kezaliman demi kesenangan diri sendiri.

2 comments:

AreDa said...

true!!harap2 kita semua tak menjadi manusia yg lupa dan alpa...

TyRoX SaN said...

:-)