- Pengalaman menggunakan Iphone4 sangat menyeronokkan. Ia bukannya disebabkan rasa "cool" yang datang sebagai pemilik namun kerana kesenangan/kemudahan yang ditawarkan oleh iPhone4.
- Saya sudah menggunakan iPhone4 hampir 2 minggu dan ingin berkongsi pendapat tentang gadjet ini.
- Saya membeli gadjet ini pada harga yang lebih murah setelah menggunakan "FIDOdollars" daripada syarikat telefon yang bernilai CAD 120.
- Skrin "Retina Display" pada iPhone4 amat mengagumkan sekali. Skrin ini ternyata lebih jelas, terang dan terperinci berbanding versi iPhone4 yang lepas.
- "Capacitive touch screen" amat hebat berbanding "smartphone" yang lain. Pengguna boleh merasakan kelancaran yang nyata ketika melakukan "multi-touch" dan juga ketika "scroll" iPhone4.
- "Wifi" yang disediakan oleh iPhone4 juga berkualiti tinggi. Sekiranya,iPhone4 mengesan isyarat "Wifi" maka pengguna akan diberi pilihan samada menggunakannya ataupun terus berhubung dengan rangkaian "3G".
- Pengguna akan terus mendapat isyarat sekiranya sebarang emel dihantar ke dalam akaun beliau. Jadi pengguna tidak akan terlepas sebarang emel yang penting.
~Pengguna diberi isyarat tentang emel baru~
- Kekuatan sebenar iPhone4 terletak pada ribuan "application" yang terdapat di "Apple Store". Kebanyakannya memberi kesenangan kepada pengguna seperti "online banking", sistem penerbangan, berita semasa,muzik dan sebagainya.
~Tiket Air Canada saya yang boleh dipapar menggunakan Air Canada apps~
- "Multi tasking" oleh iPhone4 juga amat menarik dan tidak menyusahkan. Jika diperhatikan gambar diatas, saya mengakses server "Air Canada" ketika bercakap telefon dengan rakan saya tanpa sebarang masalah.
- "User Interface" yang ditawarkan ternyata amat menyenangkan jika dibandingkan dengan Nokia mahupun Blackberry.
- Apple Store juga mempunyai banyak "application" yang menarik samada secara percuma mahupun berbayar.
- Saya amat menggemari cara sms dipaparkan di iPhone4 dalam bentuk "bubble". Ia kelihatan seperti dialog berlaku antara dua insan.
- iPhone4 memastikan saya sentiasa "stay connected". Skype,YM,Facebook dan pelbagai "social apps" dapat diakses dengan mudah menggunakan Iphone4.
4 comments:
da jailbreak lum?
blom lg bro :)
Post a Comment