Pages

Tuesday, January 18, 2011

Tidur dalam kelas .... ZzzzZZZzzzZZZzz

Salam,

  • Sesi pembelajaran akan terjejas jika seorang pelajar tertidur dalam kelas. Kebanyakkan input yang diperlukan untuk menjawab peperiksaan diperoleh ketika guru/pensyarah mengajar dalam kelas bukannya daripada buku rujukan.
  • Seorang rakan pernah berkata kepada saya bahawa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan adalah mengetahui "expectations" pengajar tersebut.
  • Saya juga beranggapan tidur dalam kelas merupakan kelakuan yang kurang sopan terhadap pengajar.
  • Jika kita selalu tertidur dalam kelas maka sesuatu harus dilakukan kerana sudah pastinya kita sebagai manusia yang berilmu dan berdaya saing enggan berada pada tahap sama hampir setiap hari. Manusia tidak lari daripada kesilapan namun manusia tidak harus berhenti daripada memperbaiki kelemahan diri.
  • Saya juga seorang pelajar namun amat jarang sekali saya tertidur dalam kelas walaupun adakalanya saya berasa sangat letih dan mengantuk ketika cuba memfokuskan mata terhadap kata-kata pengajar di hadapan kelas.
  • Saya ingin berkongsi beberapa cara yang diamalkan untuk mengelakkan rasa mengantuk dan masalah tidur dalam kelas. Ingat!! Jika kita enggan berubah untuk kebaikan maka kita menempah tiket kegagalan.
Saya Tak Mahu Tidur Dalam Kelas.

*Sebelum ke kelas*

1) Tidur yang cukup
  • Tidur yang cukup menjamin kesegaran badan kita pada hari yang berikutnya. Cuba tidur tepat pada waktunya dan elakkan bermain Internet ketika larut malam kerana ianya membuatkan kita terleka akan badan yang sebenarnya sudah keletihan.
2) Mandi
  • Air yang akan membuatkan badan kita kembali segar setelah tidur selama lebih kurang 6 jam.
  • Jika kesuntukan masa, pastikan kita mencuci muka dan menggosok gigi.
3) Sarapan
  • Jangan tinggal sarapan walaupun kita dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Sarapan yang baik adalah makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti roti. Namun begitu, elakkan pengambilan makanan yang terlalu berat kerana akan menyebabkan badan ingin berehat.
  • Kebiasaanya, saya akan bersarapan dengan 2 keping roti bersama "Nutella" dan segelas susu. Jika mempunyai masa, saya akan bersarapan dengan 1 biji telur ayam separuh masak yang dimakan bersama madu.
4) Gunakan masa petang sebaiknya.
  • Gunakan waktu petang untuk aktiviti riadah bukannya tidur.
  • Kebiasaannya, saya akan ke gimnasium atau kolam renang bagi mengisi waktu petang. Entah mengapa, saya tidak boleh mengulangkaji ketika waktu petang.
5) Vitamin
  • Jika ada wang tidak salah untuk membeli multivitamin untuk memberi khasiat tambahan kepada tubuh badan.
  • Saya sendiri mengamalkan pengambilan multivitamin secara tetap setiap hari. Multivitamin yang dijual di farmasi sudah cukup untuk tubuh remaja yang masih lagi kuat dan cergas.
*Dalam Kelas*

1) Makanan tambahan/snek
  • Kadangkala saya akan membawa snek untuk dimakan dalam kelas bagi melawan rasa mengantuk.
  • Elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam/gula yang tinggi kerana gula hanya memberi tenaga untuk tempoh masa yang singkat. Lagipun gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.
  • Makanan seperti buah-buahan, kekacang atau biskut merupakan makanan yang sesuai untuk dikunyah ketika sesi pembelajaran.
  • Jangan bawa nasi lemak dalam kelas!!!!
2) Banyakkan bertanya
  • Bertanya soalan kepada pengajar juga mampu menghilangkan rasa mengantuk kerana otak bekerja secara aktif bagi memberi tumpuan terhadap jawapan yang bakal diberi.
  • Tambahan pula, orang ramai akan memberi tumpuan kepada kita yang menyebabkan kita berasa lebih berhati-hati untuk tidak tidur dalam kelas.
3) Minuman
  • Saya tidak mengamalkan pengambilan kafein seperti yang terdapat dalam air tenaga dan kopi.
  • Air masak lebih baik kerana mempunyai kandungan oksigen yang tinggi.
4) Tarik nafas.
  • Jika berasa mengantuk, cuba tarik nafas dalam berulang kali.
5) Senaman
  • Gerakkan sendi dan otot badan bagi mengurangkan rasa mengantuk.
  • Pergerakan kecil di sekitar jari kaki dan jari tangan sudah cukup untuk melancarkan pengaliran darah.
  • Elakkan pergerakan yang melampau kerana akan menjejaskan perhatian pelajar-pelajar yang lain.
6)Take a walk
  • Keluar sebentar dari kelas bagi menghirup udara segar.
  • Jika saya terlalu mengantuk, saya akan berjalan menaiki tangga dan kembali ke kelas selepas beberapa minit. Alhamdulillah rasa mengantuk itu hilang dengan begitu mudah.
7) Jangan berangan-angan
  • Angan-angan yang indah akan membuat kita cuba melarikan diri daripada realiti hidup yang hakiki. Akibatnya kita mudah untuk memasuki dunia mimpi yang diharap indah.
  • Fokus dalam kelas!! Tutup telefon bimbit sementara waktu agar kita tidak menerima mesej-mesej yang akan membuat kita tersenyum seorang diri.
8) NO MP3
  • Kita mempunyai sepasang telinga namun pada hakikat manusia normal hanya boleh memproses sejenis audio pada satu-satu masa sahaja.
  • Mungkin beranggapan muzik yang dipasang secara perlahan mampu menghilangkan rasa mengantuk namun sebenarnya ia tidak benar sama sekali.
  • Muzik yang berentak perlahan akan membuat otak berasa tenang sedangkan pada hakikatnya otak diperlukan untuk bekerja keras memproses maklumat.
  • Muzik yang berentak pantas seperti metal/rock pula akan menjejaskan tumpuan pendengaran daripada kata-kata yang disampaikan oleh pengajar.
9) Lempang.
  • Jikalau masih tidak berkesan, sila mintak rakan yang berdekatan untuk lempang muka kamu jika tertidur.
Jangan buat ini untuk elakkan rasa mengantuk

  • Elakkan membawa komputer ke kelas kerana ianya akan menjejaskan tumpuan anda terhadap pengajar. Selain itu juga, kamu berpontensi mendapat dosa secara percuma kerana membuatkan rakan pelajar di belakang tertanya-tanya aktiviti yang dilakukan oleh kamu di komputer. Akibatnya, prestasi kamu dan rakan yang lain juga terjejas.
  • Bermain SMS mungkin boleh menghilangkan rasa mengantuk tetapi akan menyebabkan tumpuan terjejas. Tiada salahnya menutup sebentar telefon bimbit bagi sesi pembelajaran. Cinta sejati tidak akan lari begitu sahaja hanya kerana kita mengejar ilmu pengetahuan. Jadilah siswa/siswi yang lebih bijak dan matang.
  • Elakkan bersembang dengan rakan berdekatan. Mungkin rakan kita sebenarnya ingin menumpukan perhatian daripada membuang masa berbual kosong dengan kita namun disebabkan setiakawan beliau hanya melayan tabiat buruk kita. Sedarlah yang kita bukan pemilik mutlak terhadap diri kita sendiri maka jangan lupa perihal dosa dan pahala.


~~Sekian~~

p/s: JANGAN tidur selepas asar walaupun badan terasa letih. Jika tidak mampu bersenam, cuba berjalan-jalan di kawasan sekitar/shopping komples dan sebagainya.

p/s/s: Aku bukan seorang yang bergantung kepada kopi atau minuman tenaga untuk belajar. Ia berkesan tetapi sementara dan mempunyai kesan-kesan yang kurang baik.

4 comments:

niesz said...

fobia da nk tdo dlm kelas sbb pnh time skola men dulu kena cmpak ngn buku sbb tertdo lam kelas..kejam tul cikgu tu..hehe..

TyRoX SaN said...

phew... itu agak ganas bunyinya.. hoho...apsal x baling "eraser" je kat cikgu tue? :PP

Unknown said...

wah thak you tips ni!

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur