Pages

Wednesday, April 28, 2010

Bukan cerita hantu

Salam,

Rakan-rakan pernah tak terserempak dengan hantu?
Dalam post ni saya nak cerita ttg kisah misteri yang berlaku di sekolah lama saya dahulu.

Begini ceritanya....

"Akmal2x... Akmal............ Akmal..... Bangun kejap...." bisik seorang warden kepada saya.. Saya pun terjaga daripada tidur saya yang nyenyak sambil menenyeh mata saya.
Saya lihat jam di tangan baru pukul 3 pagi.
Lalu saya pun bertanya, "Cikgu nak minta tlg ape tgh2 malam buta nie?"
"Saya nak minta awak teman saya meronda sekolah... Boleh?," jawab guru berkenaan.
"Alaa cikgu.. esok x bleh ke?" balas saya dgn nada mengantuk.
"Kamu nak ikut atau tidak? kalo x nak pg tido saja!" balas guru dgn agak keras.
"Ok saya ikut tapi x kan saya seorang saja? Macam mana dgn 2 orang lg rakan saya nie?" respon saya dgn setelah berasa agak tercabar.
"Kamu nak ikut atau tidak?" jawab guru tersebut.
"Baiklah!" jawab saya.

Semasa menuruni tangga asrama saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana masih tidak pasti tujuan rondaan itu. Sampai sahaja di bawah saya agak pelik kerana tidak melihat motosikal guru terbabit yang selalu digunakannya jika melawat asrama. Entah mengapa saya langsung tidak bertanya.

"Malam ni kita pergi ke kawasan library sebab saya rasa ada pelajar merokok di sana," ujar guru berkenaan.
"Biar betul nak pg kawasan tue. Bukan ke ?" jawab saya agak tersekat.
"Kamu takut ke? Kalo takut, pergilah tidur.." balas guru tersebut tanpa sempat saya menghabiskan kata2 saya.

Saya akui saya agak takut kerana kawasan terbabit tersangat gelap dan dikatakan "keras".
Namun saya cuba memujuk diri saya mengatakan saya seorang yang berani dan saya akan OK kerana guru tersebut berjalan bersama-sama saya.

Sampai sahaja di pertengahan jalan, guru tersebut menghentikan langkahnya.
Beliau meminta saya berjalan seorang diri ke kawasan itu kerana beliau akan mengawal di pertengahan jalan jika ada pelajar "rokok" yang cuba melarikan diri.
Saya sangat terkejut dengan permintaan tersebut memandangkan saya agak penakut.
"Kamu takut ke?" cabar guru tersebut.

"Eh tidak!!... Saya okey je... tapi betul ke ada bdk yg berani merokok kat tempat camtu," balas saya.
"Awak pergi. Saya tunggu di sini. Check kawasan tue elok2. Dan jangan wat bising. Nampak ape2, bagi salam, " arah guru tersebut.


Saya pun melangkah kaki dengan berat.. Dalam hati saya agak menyesal kerana tidak menolak permintaan cikgu tersebut daripada awal.
Mungkin kerana ego dan "pride", saya cuba melakukan sesuatu yang sukar untuk diri sendiri.
Saya hanya berdoa dalam hati agar tiada perkara buruk yang bakal berlaku.
Setelah selesai meronda kawasan tersebut dengan penuh ketakutan, saya pun berjalan meluru ke pondok pengawal yang tidak berapa jauh dari situ.
Harapan saya untuk menghilangkan sedikit ketakutan dalam diri saya.
Malangnya pondok tersebut gelap gelita kerana pengawal sedang tidur nyenyak.
Ketika itu, saya baru teringat yang guru saya sedang menunggu saya di pertengahan jalan.
Saya agak berat hati untuk berpatah balik kerana saya perlu melalui kawasan yang sama sekali lagi.

Kali ini saya berjalan dengan agak pantas. Entah mengapa saya merasakan seperti ada sesuatu yang sedang merenung saya.
Saya cuba menenangkan diri dengan mengatakan guru saya tidak jauh dari situ.
Malang sekali lagi....
Tiba sahaja di lokasi dijanjikan, guru saya tiada disitu.
Darah gemuruh tiba2 dirasakan dalam kepala saya.

Tiba-tiba telinga saya seperti mendengar bunyi motosikal dari arah pejabat sekolah.
Mata saya juga seolah-olah dapat kelipan lampu belakang motosikal.
Yakin itu adalah guru saya yang menanti di hadapan pejabat,
Saya berlari dengan pantas kerana dalam fikiran saya hanya mahu mendapatkan guru tersebut
disebabkan ketakutan yang amat sangat.

Sebaik sahaja saya tiba di hadapan pejabat.
Tiada sesiap di situ.
Saya hanya dapat mendengar bunyi air dari sebuah kolam di hadapan pejabat.
Saya kebingungan tetapi sedikit lega kerana tempat tersebut dilimpahi cahaya lampu.
Saya agak pelik dengan kejadian yang berlaku.
Adakah guru saya meninggalkan saya kerana menyangka saya sudah pulang ke asrama?
Adakah beliau berada di library kerana mencari saya?
Atau sebenarnyaaa............ tiba2 saya berasa seram sejuk.

Tanpa berfikir panjang.. saya terus membuka langkah seribu ke asrama saya.
Sampai sahaja di bilik dengan keadaan termengah-mengah.
saya cuba menggerakkan rakan saya namun beliau enggan bangun daripada tidur.

Sedar sahaja...
Rakan saya mengejutkan saya untuk solat subuh.
Kebiasaanya saya akan bangun lebih awal untuk membunyikan siren asrama.
Pada ketika itu, saya cuba meyakinkan diri yang kejadian semalam.
Hanya permainan guru saya untuk menguji keberanian saya.
Saya hanya tersenyum memandangkan saya agak yakin saya telah lulus.

Setelah peristiwa itu.
Saya langsung tidak bertanya kepada guru berkenaan tentang perkara tersebut.
Namun pada suatu hari rakan saya mengatakan sesuatu kepada saya....
Saya hanya tergamam seketika.......


~~The EnD~~

p/s: haish... bila tulis balik cerita nie... bulu roma aku meremang ttba je.... xkan sampai kanada kot "bnda " tue nak ikut aku... hehehe

p/s/s: kalo korang rasa x sedap hati.... Jgn wat sumtink even korang rasa ko patut wat demi tnggungjawab korang...

p/s/s/s: ni salah satu cerita sahaja.. yg laen tue... biar je la berlalu... hoho...


*aku suka sgt gambar nie*




p/s/s/s/s: Ayat popular skunk ni => dalam hati ada taman.... Tapi ak rsa cam xde hati sbb hati dah dicuri... :P

9 comments:

apies said...

rakan bro ckap ape?

TyRoX SaN said...

apies: hurm... aaaaaa

apies said...

meh ak teka....dia ckp yg tu antu kan..

miba said...

weh2.. ni termasuk koleksi kisah seram asis.. ni kesah kedua yg aku tau area tu.. btw.. masa mlm yg kau ckp 'warden' round setiap bilik pengawas n bukak locker.. aku rasa aku nmpak 'warden' tu.. n pagi tu locker aku x berkunci.. huhu.. habiskan r citer tu.. nak tau gak..

TyRoX SaN said...

apies: kang aku sebut hantu... ko x berani pg asis lg kot... :P

islah: hurm...haish. malam ronda2 tue xde ape sgt.. dia x efek mental aku lgsung.. yg trip to library ni aku cam trauma la plak ttba

apies said...

xpe2 mende tu mlm je....ak gi la time siang...hehe

Stay Sane Mama said...

wei..hang mmg berbakat kan dlm menulis... seriesly aku mcm dpt merasa aku plak berada dlm situasi tu.hehe over tak? hehe.. tapi tulis jangan la allign center. justify kan dia. baru tak serabut mata nak baca. nyways, tulisan ang best. lagi2 cerita hantu ni. huhukk..seram.. saspen gilos. keep blogging. bye

TyRoX SaN said...

sori seyh lmbat reply... bru balik dr vacation :PP


apies: hurm... haish. mende tue, malam ke siang.. sama je... :))

sarah: haaa... ko mmg "over" pun :PP... haa.. tQ sbb kasik advice yea.. hoho... happy holz kat langkawi...... :))

Anonymous said...

naturally like your web site however you have to check the spelling on quite
a few of your posts. A number of them are rife with spelling problems
and I in finding it very troublesome to inform the truth nevertheless I'll surely come back again.

Review my website :: search engine optimization ()