Pages

Sunday, April 25, 2010

Summer dah tiba.....

Salam,

  • Kejap je masa berlalu...... Sekarang dah habis pun musim sejuk di Edmonton.. Rasanya mcm baru semalam saya melawat Sunshine Village Ski Resort untuk bermain snowboard.
  • Nak cakap skit je ttg " summer".
Best = Summer
  • Suhu warm... Panas juga tapi x sepanas malaysia rasanya...
  • X payah pakai baju tebal2x lagi. bubbye winter coat.
  • Bleh pakai selipar. :))
  • Bleh jogging kat luar
  • Banyak festival waktu summer.
  • X perlu rush untuk kejar waktu sembahyang, kalo waktu winter agak kelam kabut dengan kelas dan waktu sembahyang yang sangat pendek.
  • Banyak gadis2 cantek ttba muncul sekelip mata mnjadikan Edmonton terutamanya padang rumput kelihatan sangat indah sekali (*ni dalam khutbah jumaat lepas*)
  • Tanda berakhirnya "regular academic season"... Bermulanya cuti super panjang sampai SEPTEMBER!!! hoho
  • Waktu yang amat sesuai untuk berkelah, BBQ dan camping.
  • Bleh maen bola almost setiap petang dekat depan HUB.
  • Waktu siang yang panjang => banyak aktiviti bleh wat...
Yang agak kurang best ttg summer

  • Matahari terbit awal sgt... haish.... jadik subuh pun awal.... :((
  • Kalo puasa waktu summer sgt la menguji iman sebab tempoh yang panjang.
  • Sindrom kulit berminyak n jerawat mula menyerang..
  • Badan sudah mula berpeluh x mcm winter di mana baju sntiasa kering...
  • Waktu tido jdi makin pendek (*padahal bangun lewat jgak.... tp feel so bad bila bangun tgk matahari dah terpacak*)
Khutbah Jumaat yang lepas
Hidup di Kanada pada musim panas,
Bukan satu perkara yang mudah bagi seorang hamba yang bernama lelaki,
Terlalu banyak benda yang x sepatutnya dilihat boleh dinikmati,
Perkara ini benar-benar menguji keimanan dan kesabaran kita,
Jaga pandangan mata dan anggap ia sebagai satu ujian daripada ALLAH S.W.T,
Jika kaum hawa bleh memakai hijab ketika musim panas,
Sanggup berkorban demi agama yang tercinta,
Demi menjaga maruah dan kehormatan diri,
Mengapa kaum adam tidak boleh sama-sama berkorban,
Dengan menjaga pandangan mata,
Ke atas sesuatu yang bukan hak,
Insya allah.

*camni la lebey kurang ayat khutbah jumaat yang lepas.... saya tambah la skit bagi nmpak sedap n berbunga.... tapi mesejnya tetap sama.... *

p/s: Lepas ni kalo pergi jogging. aku kena pandang bawah or tgk GPS la yea... :))

p/s/s: Sesuatu yang indah itu tidak semestinya baik untuk diri kita....

p/s/s/s: Tahniah dan terima kasih kepada gadis/wanita yang sedia memakai hijab bagi menjaga kehormatan dan maruah diri.. Saya sangat menghormati wanita yang sanggup melakukan perkara ini di saat wanita lain menganggapnya sebagai kolot...

p/s/s/s/s: SETINGGI-TINGGI tahniah kepada wanita yang tinggal di negara sekular/ Barat tapi tidak segan silu memakai hijab. Saya tahu bukan mudah untuk memakainya ketika masyarakat memandang serong terhadap ISLAM. Terima kasih yea sebab tabah menjalani hidup sebagai wanita mukmin.

p/s/s/s/s/s: Satu lagi final exam.... yeahhhhhhhhhhhh...



Nama saya GIANT... bleh berkenalan.??? hahaha


3 comments:

Unknown said...

rasa lebih mudah pakai hijab di negara barat berbanding di negara sendiri. huu.. tak tahu lah kenapa. bukan about weather, tapi pandangan2 orang kita sendiri. walaupun kat canada ada yang meludah ke apa, tapi ada jugak yang respect, yang lebih sweet, ade jugak canadian nak cuba pakai tudung (semasa islamic awareness week) dan mereka rasa sangat best dan happy. =)
sekadar pandangan peribadi.

AreDa said...

oooo..skrg aku dh tau kenapa ang suka sangat p jogging masa summer nih..hhahah

TyRoX SaN said...

dila: bagus la sbb ade pemikiran cmtue... nak seribu daya x hendak seribu dalih.... org yg mmng x nak. mcm2 alasan dicari tp yg btoi2 tekad, biar pedih mcm mna pun dia rasa gak kemanisannya :))

areda: haish... shhhhh