Pages

Monday, April 5, 2010

Senaman

Salam rakan-rakan,

  • Kebelakangan ni aku dok "post" tentang makanan dan resipi je. So aku rasa kali nie aku rasa nak ckp tentang bnda yang lebih maskulin.
  • Aku rasa semua laki kalau boleh nak ada badan yang sehat. Rasanya kalau diberi pilihan oleh jin Aladdin pun antara perut yang buncit dan "just nice abs", mesti ramai yang pilih yang kedua.
  • Aku pun tergolong dalam kategori yg ingin pilihan yang kedua kerana aku rasa usia yang masih muda ini amatlah tidak sesuai jika perut aku sudah terboyot ke depan(*kalau dah tua pun aku xnak jugak perut ke depan ni*)
  • Badan yang sehat bukan untuk menunjuk atau berbogel di hadapan orang tetapi lebih kepada kebaikan dan keselesaan diri sndiri.
  • Bukan mahu mengeji tapi aku sendiri bleh bayangkan kesusahan orang yang terlebih gemuk dalam hidup seharian.
  • Jadi sebelum aku di pam dengan lemak jadi lebih baik aku buat sesuatu untuk mengekalkan saiz yang ada pada masa kini.
Rutin senaman

  • Sejak suhu di Edmonton semakin panas menjelang ketibaan musim panas, aku sudah mula berjogging antara HUB MALL ke downtown melalui High Level Bridge.
  • Dulu masa musim sejuk, memang terpaksalah untuk guna gimnasium kat bawah rumah yang macam nak hancur je keadaannya.
  • Bagi sape2 yang nak terasa nak bina otot (*especially yang bertubuh besar*) korang mmg xleh skip cardio exercise. X guna la kan kalo badan berketul2 tapi badan langsung tak fit.
  • Banyak lagi kot cardio yang bleh dibuat untuk sehat kan badan cam cycling. Target kita bukan untuk badan yang cantik tapi badan yang sehat dan cergas.
  • Setelah melakukan rutin cardio, barulah korang yang berminat untuk membina otot boleh menumpukan perhatian untuk rutin yang lebih keras (* jangan stop cardio plak yea*)
  • Untuk senaman otot, aku slalu guna youtube sbb wat exercise sambil tgk video memang x borink plus korang akan lebih bersemangat bila pikir orang dalam video boleh wat mesti korang leh wat jugak kan.
  • Dalam fasa permulaan, yang penting jangan push diri over limit. Kalau dah rasa x mampu, berhenti kejap then sambung balik. Yang penting dalam membina otot bukan la jumlah senaman yang dilakukan tetapi konsistensi.
  • Cuba untuk lakukan senaman rutin hampir setiap hari untuk dapatkan hasil yang terbaik.
  • Antara video yang aku selalu guna


Sehari 8 minit sahaja.

Video lain yang patut korang cuba

8 minutes arms

8 minutes leg

8 minutes bun


p/s: Kalo nak hasil yang lebih cepat dan baik.... Pemakanan pun kena dikawal.. Banyakkan makan sayur dan protein dan kurangkan lemak.

p/s/s: kalo yang jenis lemak tepu kumpul kat perut... korang mmg xde cara laen untuk bina otot... buang lemak dulu----> kena rajin wat kardio....

p/s/s/s: korang jugak bleh amik susu dengan tepung protein setiap hari sebelum start wat exercise or makan telur 1/2 masak dengan madu setiap pagi..

p/s/s/s/s: Selamat mencuba menjadi lebih sehat... Target kita bukan nak jdik JACOB BLACK tp jadik lebih sehat dan selesa

3 comments:

Anonymous said...

pergh abang tough dan macho share secret dia dowh.. ni baru sikit.. rasanya boleh buat buku dah ni.. "How to become tough like Jacob by Mohd Akmal aka Jacob"... haha

TyRoX SaN said...

oit2x... beragak laaa... ko nak suruh aku puji ko tough kot

PkO said...

nk gelak bleh ark