- Semalam saya berkesempatan untuk menonton "3 Idiots" yang berkisar tentang persahabatan 3 orang pelajar kejuruteraan.
- Watak utama iaitu Rancho kelihatan cuba mengubah sistem pendidikan yang selama ini terbukti melahirkan jurutera yang berkaliber namun terlalu bergantung kepada sistem penilaian peperiksaan.
- Jurutera seharusnya berfikiran kreatif untuk mencapai kecemerlangan bukannya kejayaan semata-mata. Kejayaan dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu telah melakukan kerjanya dengan cemerlang. Walaubagaimanapun jika kita sentiasa berusaha melakukan sesuatu dengan cemerlang insya Allah kejayaan akan menyusul kemudian hari.
- Sebenarnya cerita ini merupakan cerita komedi namun mungkin saya terlalu memikirkan jalan cerita ini yang berkisar tentang kehidupan seorang jurutera, saya telah beberapa kali menitiskan air mata secara tidak sengaja (* mmg idiot!*)
- Saya terfikir samada saya tergolong dalam kategori manusia yang sentiasa mengejar gred yang cemerlang dalam peperiksaan tanpa benar-benar menghargai segala ilmu yang dipelajari. Secara jujur, saya kurang mengingati bahan-bahan pembelajaran ketika di tahun pertama dan tahun kedua.
- Jalan cerita ini juga membuatkan saya memikirkan semula cita-cita saya yang asal iaitu bergelar seorang juruterbang. Pelbagai faktor membuatkan saya terpaksa melupakan kerjaya yang menjadi impian saya sejak dari kecil lagi.
- Atau mungkin selama ini kudrat dan kekuatan saya menempuh ranjau kejuruteraan hanya semata-mata untuk orang lain bukannya atas kemahuan saya sendiri.
- Semua perkara kelihatan mudah di layar perak namun sebaliknya dalam kehidupan seharian. Saya berharap dapat menjadi seorang jurutera yang benar-benar mencintai kerjaya saya dan memberi sumbangan kepada manusia. Insya Allah.
Juruterbang.
Kenapa saya ingin menjadi juruterbang
- Saya seorang yang gayat tetapi saya tidak mahu mengalah dengan ketakutan ini.
- Suka melihat kapal terbang.
- Suka pekerjaan yang mempunyai pakaian seragam rasmi.
- Sangat kagum apabila berada dalam kapal terbang dan mendengar pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal terbang.
- Sangat teringin mempunyai "wing" yang tersemat di dada.
- Dunia di atas awan sangat cantik dan tenang sekali.
- Antara semua jenis pemandu di dunia. Juruterbang yang kelihatan "cool" :D
- Sangat terpesona melihat "game" perang yang melibatkan penggunaan jet. Sangat-sangat terpesona melihat "game" jet/kapal terbang yang terdapat di "arcade arena".
p/s: Hepi je sebenarnya jadi electrical engineer. Honestly sangat excited bila ada orang tanya tentang soalan elektrik. Aku sanggup kot baca buku n revise internet semata-mata nak jawab soalan tue... kira excited la kan? haha.. mengong punya 3 idiots kasik spoil mood aku.
p/s/s: Kepenatan membantu keluarga Malaysia yang baru berpindah rumah di Edmonton
p/s/s/s: That's Why
4 comments:
org lain dah tgok lama la cite tuh...hehe....nway,cite tu aku rasa bagos..sbb ade moral yg bagos n jelas.kawan aku yg tak suke cite hindustan pon layan cite tuh.
Aku pun tengok citer ni, kantoi "banjir" dengan pramugari SIA time balik arituh hohoh :P
"Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance so I wanna grow up once again...lalalala"
areda: alaaa.. aku bz sblom nie?
nadly: seriously??? yeay.. aku ade gang... mmber aku gelak woo ckp aku bengong sbb nanges tgok cite kelakar
ak dulu pon nk jdi pilot..tpi kabur mate la plak.
Post a Comment