- Saya mendapat panggilan telefon daripada Fuad kira-kira jam 9 pagi tadi. Beliau memohon bantuan saya untuk menyewa kereta untuk ke "Banff National Park of Canada" bagi tujuan "snowboarding".
- Saya agak sedih kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan yang lain walaupun pada hakikatnya saya merupakan orang yang merancang perjalanan tersebut. Namun disebabkan beberapa perkara yang lebih penting, saya memilih untuk mengorbankan percutian "snowboarding" saya pada tahun ini.
- Ini merupakan kali pertama saya terperap di rumah sahaja ketika musim cuti sejak saya menjejak kaki ke Kanada.
- "Nak pergi... Nak pergi.... Nak pergi !!! :( ," getus hati kecil ini ketika memandu kereta yang disewa bagi kegunaan rakan-rakan. Saya terpaksa menyewa kereta bagi pihak mereka kerana undang-undang Alberta hanya membenarkan individu yang berusia 21 tahun dan ke atas menyewa kereta.
- Sebaik sahaja tiba di rumah, kelihatan rakan-rakan yang lain sudah bersedia bersama "snowboard" masing-masing. Semua kelihatan gembira untuk meluncur laju di gunung yang dilitupi salji. Begitulah perasaan saya setiap kali pergi bermain "snowboard" di "Rockies Mountains".
- Jika selalunya saya yang akan mengetuai rombongan tetapi kali ini saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. Oh yea, kebanyakan daripada mereka baru sahaja berkecimpung dengan "snowboarding".
- Kepada rakan-rakan, saya minta maaf kerana terpaksa menarik diri daripada rombongan ini. Semoga bergembira.
- Setelah rombongan bertolak, saya telah menemani dua orang rakan yang juga pelajar pertama untuk membeli kasut "skating".
- "Snowboarding" ternyata lebih menarik daripada "skating" tetapi sekurang-kurangnya saya dapat mengisi masa lapang.
Faez sedang mencuba kasut "skating"
~~Sekian~~
p/s: tersangat sedih sebab xleh main snowboard kali nie. dah la terpaksa kecewakan ramai orang kali ini.
p/s/s: We cannot run away from problem but we should face it.
p/s/s/s: I'm not perfect :( That's why I'm here to learn new things and to do mistakes. The best thing I could do is to avoid the same mistakes. However, I promise that I will not give up at all even there is only nano size of hope.

1 comment:
like the p/s/s/s. :)
Post a Comment