Ahmad mengayuh basikal sekuat hati tapi dia masih menoleh ke
belakang untuk melihat samada orang mengejarnya masih ada di belakangnya. Dari kejauhan
Ahmad dapat melihat satu objek berwarna hijau terbang laju ke arahnya.
Dushh. Tepat objek itu mengenai kepala Ahmad lalu dia
tersungkur di atas jalan tar. Telinga Ahmad ditarik dan pipi dia ditampar
berkali-kali. Ahmad cuba merayu namun tidak dihiraukan. Ahmad perlu dihukum
kerana dia berebut kicap dengan adiknya sehingga botol terlepas dan jatuh
berkecai atas lantai.
Ini episod Ahmad. Dia perlu dihukum. Biar dia cuba ‘trick’
untuk menangis terlebih dahulu namun ia tidak pernah berhasil. Mungkin Ahmad
ini terlalu nakal jadi hukuman lebih sesuai untuk dia.
Kuku Ahmad pendek. Tidak sempat ia tumbuh, maka Ahmad akan
mengigit kukunya.
Digigit semasa dia rasa gementar
Digigit semasa dia takut
Yang pasti semasa dia menangis.
Aturan ini pula berlaku setiap hari.
Namun Ahmad tidak tahu apa-apa. Dia cuma kanak-kanak berusia
8 tahun yang sentiasa cuba mencari apa salah dan dosanya.
Sampai besar pun rupanya Ahmad masih belum keluar dari
tabiat buruknya.
Mungkin sudah ditakdirkan Ahmad akan bawa bersama tabiat ini
hingga mati. Kerana Ahmad masih Ahmad yang belum sedar. Biarlah Ahmad mencuba
sekuat hati Ahmad masih akan berada di situ.
No comments:
Post a Comment