Pages

Saturday, October 2, 2010

Hilang

Salam,

  • Sejak pulang dari Malaysia tempoh hari, saya semakin kehilangan berat yang agak ketara. Hendak dikatakan penimbang di rumah rosak, tidak juga kerana saya sudah menimbang berat badan saya di tempat lain juga dan bacaan yang diterima adalah sama.
  • Saya juga agak hilang fokus. Ini mungkin bukan ayat yang sesuai? Saya masih belum mendapat momentum yang cukup untuk semester ini.
  • Saya juga kehilangan seorang sahabat yang agak rapat semasa belajar di ASiS. Saya mula akrab dengan beliau setelah berada dalam kumpulan yang sama ketika belajar Silat Cekak Hanafi. Beliau seorang rakan yang baik walaupun ada ketikanya kami seakan-akan bergaduh ketika melakukan latihan.Kalau nak diceritakan secara terperinci mungkin pemergiannya akan meruntun jiwa saya. Al Fatihah kepada saudara Azuan Azhar.
  • Seorang rakan saya juga kehilangan ayah beliau. Saya tidak begitu rapat dengan ayah beliau tetapi saya pernah berbual bersama beliau ketika beliau datang melawat rakan saya di ASiS. Al fatihah kepada ayah Hisham Mokhtar.
  • Setiap manusia pasti menempuh kematian tanpa mengira usia, keadaaan dan di mana jua kita berada. Melihat pemergian rakan saya secara tiba-tiba benar menginsafkan diri saya. Adakah saya sudah bersedia untuk bertemuNYA? Sudah tentu kita mesti bersedia sepanjang masa kan?
  • Alang-alang saya sudah bercakap mengenai kematian, saya juga ingin menyatakan hasrat saya untuk dikebumikan di bumi Kanada andai kata ajal saya di sini. Bukan la niat untuk membuat cerita sedih ataupun teringin untuk mati. Tetapi kita semua tahu yang mati itu adalah pasti. Saya tidak sanggup melihat jasad saya disuntik dan diseksa dalam kargo pesawat untuk beberapa hari semata-mata ingin disemadikan di Malaysia.


p/s: Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat terus beramal dan menginsafi diri.

p/s/s: Bekerja la kamu seperti ingin hidup selama seribu tahun, Beribadat la kamu seperti tiada lagi esok untuk mu.

p/s/s/s: Al fatihah..

4 comments:

akmarhisham said...

erm..dh btau parents lom point terakhir tuh?

TyRoX SaN said...

lom... x tau masa yg seswai.... :(

tp xpe... family aku bca blog aku...

Auni Nur Fatin said...

Akmal, be optimistic and positive. :)

TyRoX SaN said...

auni: :-)