Sunday, October 17, 2010

Oh Projek!

Salam...

  • Saya semakin sibuk dengan projek kejuruteraan elektrik saya. Ingin saya kongsikan segala maklumat berkaitan projek ini di blog saya tetapi saya khuatir akan dikenakan tindakan oleh klien saya. Salah satu syarat yang harus dipatuhi adalah saya WAJIB mendapatkan keizinan klien untuk menerbitkan sebarang maklumat tentang projek ini.
  • Namun begitu, saya tetap ingin memberi sedikit penjelasan ringkas tentang projek yang membuat saya gundah gulana hampir setiap hari.
  • Saya dikehendaki untuk mereka/membuat sistem bekalan kuasa elektrik menggunakan tenaga matahari. Sistem yang direka mesti bebas daripada sistem penghantaran elektrik yang terdapat di bandar Edmonton(off grid)
~Kawasan ini bakal berubah wajah. Insya Allah~
  • Tenaga elektrik yang dihasilkan akan digunakan untuk sebuah projek komuniti yang tidak dapat saya jelaskan secara terperinci di sini.
  • Sistem ini melibatkan kos yang dianggarkan puluhan ribu dollar Kanada dan mesti disiapkan supaya keseluruhan projek dapat berjalan dengan lancar.
  • Insya allah projek ini akan dirasmikan sendiri oleh Premier Alberta (Gabenor Alberta) pada penghujung tahun depan.
Cabaran

  • Pada mulanya saya agak khuatir ketika mendapat projek yang besar seperti ini kerana kurang keyakinan diri. Namun saya gagahkan diri dan percaya projek ini akan menjadi mudah andai saya berusaha secara berterusan dan tidak mudah putus asa.
  • Saya dan rakan-rakan juga terpaksa berjumpa dengan klien hampir setiap minggu bagi memaklumkan perkembangan projek ini. Alhamdullilah klien memberi kerjasama yang baik dan berpuas hati melihat hasil usaha kami.
  • Projek ini juga mengajar saya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab apabila membuat kenyataan sebagai seorang jurutera elektrik. Contohnya, ketika menjawab soalan peperiksaan saya mungkin akan cuba menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan ilmu yang ada. Samada jawapan yang diberi itu tepat atau salah, saya hanya akan ditolak beberapa markah.Namun begitu, apabila ditanya oleh klien tentang beberapa aspek elektrik saya akan meminta sedikit masa bagi membuat kajian yang lebih teliti kerana saya sedar yang beliau menerima jawapan saya sebagai analisis seorang jurutera elektrik.
  • Usaha yang diperlukan untuk melakukan projek ini agak meletihkan tetapi saya mula merasakan yang projek ini semakin menyeronokkan dan bakal memberi saya manfaat yang mungkin tidak dapat dilihat pada saat ini. Insya allah.
Kepada sesiapa yang berminat mengetahui tentang sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik. Sila tekan DISINI untuk mendapat gambaran ringkas. Elektrik itu menyeronokkan!! :D


~~~Sekian~~~

p/s: Syukur ke hadrat Allah kerana saya beroleh projek ini. Ia kelihatan berat tetapi saya pasti saya mampu menyempurnakannya dengan baik. Allah hanya akan menguji hambaNya itu berdasarkan kemampuan hambaNYA sahaja.

p/s/s: Jika kita bukan seorang yang berhati keras maka jangan dipaksa diri menjadi sedemikian kerana ia hanya memudaratkan diri. Terima segala yang terjadi dengan seadanya kerana Allah lebih Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

p/s/s/s: Jika kita mencintai seseorang insan ianya tidak perlu diungkapkan dengan "I love you" hampir setiap hari. Sebaliknya doakan kesejahteraan hidupnya daripada Allah S.W.T.

4 comments:

segitujuh said...

skima la entry ni macam pendahuluan kepada tesis je. Saya bagi markah 8/10.

apies said...

aku baru perasan muke bro ade iras muke adik faizal tahir la....anas tahir...

TyRoX SaN said...

apies: adeyh.... mamat tue muka cekung kot... adusss

muhamad khusairie ismail said...

mantap gak projek ni.practice ape yg dipelajari dan make sure ko blaja banyak2 dr project ni.blaja project management, scheduling, cost analysis and etc...buat yg terbaik..