Thursday, October 14, 2010

Kesian kat .......

Salam

  • Semasa perjalanan ke kelas pagi ini, saya melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pintu masuk ke bangunan fakulti. Kereta itu berhenti agak lama membuatkan saya berasa sedikit curiga.
  • Setelah diamati, kelihatan seorang ibu cuba mengejutkan anaknya yang sedang tidur di bahagian kerusi hadapan yang direndahkan. Oh yea, anak beliau merupakan seorang dewasa dan semestinya pelajar universiti juga.
  • Agaknya anak beliau mengambil peluang untuk tidur ketika dalam perjalanan ke universiti. Saya berasa agak kasihan melihat si ibu yang terpaksa turun daripada kereta untuk membuka pintu di sebelah anaknya bagi memastikan anaknya bangun dari tidur dan pergi ke kelas.
  • Tidur yang tidak mencukupi mungkin sudah menjadi lumrah bagi seorang pelajar terutamanya pelajar yang suka melakukan kerja-kerja di saat akhir.
  • Saya cuma kasihan melihat seorang ibu yang bersusah payah mencari rezeki untuk menghantar anaknya ke menara gading. Bila sudah bergelar pelajar pun masih memerlukan ibu untuk menghantarnya ke universiti sehingga ke hadapan pintu fakulti. Tidak cukup dengan itu, si ibu perlu mengejutkan anaknya daripada diulit mimpi dalam kereta.
~~SEkiaN~~

p/s: Teringat kenangan tidur atas motor semasa dihantar ke sekolah rendah oleh ayah hampir sedekad yang lalu.

2 comments:

noor afzan said...

tidur dalam kete takpe lagi.
ni tidur atas motor beb.
lagi haru!

TyRoX SaN said...

afzan:hahaha...xpe kalo t'lelap atas moto... sbb duduk tengah2 btween akak n ayah... selamat kan? hahaha