Friday, February 25, 2011

Gratuity

Assalamualaikum,

  • Alhamdullilah saya sudah selamat pulang dari Toronto pada hari Rabu yang lalu. Terima kasih kepada pegawai yayasan dan juga para pelajar University of Toronto atas layanan baik yang diterima oleh kami.
TIPS(Gratuity)

  • Pemberian "tips" merupakan satu tradisi bagi negara barat termasuklah Kanada.
  • Tips bererti "extra rewards" yang diberikan oleh pelanggan kepada pekerja-pekerja yang memberikan khidmat yang baik. Ini bermakna pemberian tips adalah secara sukarela bukannya suatu kewajipan.
  • Namun disebabkan amalan dilakukan selama beberapa dekad maka pemberian hampir menjadi kewajipan/tanggungjawab seseorang pelanggan.
  • Saya kurang bersetuju dengan amalan ini kerana beranggapan para pekerja tersebut hanya melakukan tugas dalam skop kerjaya mereka. Ia bukannya suatu yang luar biasa sehingga perlu dihadiahkan dengan wang tambahan. Mereka sendiri sudah menerima gaji yang sepatutnya daripada majikan mereka.
  • Sebagai contoh, pemandu teksi diberi bayaran tambahan kerana memandu dengan cermat. Adakah ini bermakna tiada tanggungjawab menjaga keselamatan penumpang jika tips tidak disediakan?
  • Seorang rakan saya yang juga rakyat Kanada mengatakan "tips" ini amat diperlukan memandangkan gaji yang diterima oleh para pekerja sektor perkhidmatan adalah rendah.
  • Walaubagaimanapun, saya masih kurang bersetuju dengan sistem pemberian tips kepada pekerja sektor perkhidmatan kerana agak membebankan pelanggan.
  • Bayangkan Encik Paul menjamah selera satu set makanan berharga CAD 100. Harga yang perlu dibayar oleh beliau setelah dicampur cukai perkhidmatan sebanyak 13% adalah sebanyak CAD 113. Jika beliau terpaksa membayar tips tambahan yang kebiasaannya sebanyak 10%-15% maka pada akhirnya jumlah bayaran yang dikeluarkan adalah (100+28%*100) =CAD 128
  • Saya amat kurang senang dengan sikap sesetengah pekerja yang seolah-olah memaksa pelanggan membayar tips sedangkan bayaran tambahan itu perlu dilakukan atas dasar kepuasan yang diterima oleh para pelanggan.
  • Kesimpulannya, makanan di Malaysia lagi murah dan sedap.

1 comment:

niesz said...

hehehe..ingt tips ape td..