Pages

Sunday, February 27, 2011

Hidup ini dan Kejuruteraan Elektrik

Assalamualaikum,

  • Setiap jurutera perlu melakukan kerjanya dengan penuh integriti agar keselamatan awam tidak tergugat dek kecuaian atau sikap tamak haloba sesetengah indvidu.
  • Seseorang jurutera juga terikat pada undang-undang negara, peraturan badan kejuruteraan dan juga etika ketika menjalankan tugas mereka.
Canadian Electrical Codes (CEC)

  • Buku ini menjadi rujukan tetap bagi seorang jurutera elektrik di Kanada ketika membuat perancangan bagi sesuatu projek.
  • Para jurutera elektrik dingatkan untuk sentiasa patuh dengan semua kod yang terdapat dalam buku tersebut walaupun ada di antaranya kelihatan tidak begitu penting sama sekali.
  • Realitinya buku ini bukan hanya sekadar rujukan tetapi sebenarnya merupakan buku yang mengandungi hukum dan peraturan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan elektrik.
  • Selain itu juga, seorang jurutera juga perlu mematuhi undang-undang kerajaan setempat dan peraturan badan profesional.
  • Saya percaya rakan-rakan bersetuju yang setiap masyarakat memerlukan peraturan bagi memastikan kestabilan dan keharmonian.
  • Kegagalan jurutera untuk mematuhi mana-mana peraturan akan mengakibatkan lesen untuk menjalankan tugas sebagai seorang jurutera elektrik ditarik balik dengan serta merta.
  • Malah seorang jruutera berkemungkinan dibawa ke muka pengadilan andai kata kerja yang dilakukan ternyata menjejas kredibiliti jurutera lain atau menjejaskan keselamatan awam.

Penulis Canadian Electrical Codes

  • Buku ini ditulis oleh barisan jurutera pakar yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kejuruteraan elektrik.
  • Jurutera elektrik diyakinkan bahawa perkara-perkara yang ditulis oleh pakar-pakar berkenaan adalah benar dan berasaskan fakta. Kebanyakan jurutera elektrik hanya mengikut segala peraturan tanpa soal kerana percaya kredibiliti para penulisnya.
  • Jika ada yang mempersoalkannya,mereka disogok dengan kejayaan, kajian, latar belakang pendidikan para penulis buku berkenaan. Akhirnya seseorang jurutera elektrik akan akur peraturan dan etikan yang ditulis oleh seseorang yang lebih berpengalaman daripada beliau.
  • Sebagai contoh, seorang jurutera elektrik pasti akan akur dengan kehebatan penulis berkenaan setelah melihat jurutera pakar merupakan insan yang mencipta reaktor nuklear atau berpengalaman 20 tahun dalam menyelesaikan masalah berkaitan penjanaan kuasa elektrik.
Al-Quran
  • Kitab ini diturunkan oleh ALLAH S.W.T. bagi umat manusia sejagat melalui Rasullah S.A.W.
  • Allah S.W.T berjanji akan memelihara isi kandungan Al-Quran sehingga hari kiamat.
  • Sesetengah kandungan CEC amat sukar untuk difahami oleh jurutera elektrik apatah lagi untuk dibaca oleh seorang insan yang tiada asas elektrik. Namun begitu, isi kandungan Al-Quran boleh difahami oleh setiap hamba Allah yang mampu berbahasa Arab (*terjemahan pun banyak di pasaran*)
  • CEC juga hanya sesuai digunakan di Kanada setelah mengambil kira faktor geografi,politik dan ekonomi yang berbeza bagi setiap negara. Al-Quran pula sudah diturunkan pada satu ketika dahulu malah kandungannya sesuai untuk kegunaan umat manusia di seluruh pelusuk dunia.
Double Standard "Manusia"

  • Seorang jurutera elektrik akur dengan setiap peraturan yang ditetapkan terhadap profesion beliau. Kandungan CEC diaplikasi dalam kerja harian bagi mengelakkan komplikasi yang serius pada masa depan.
  • Namun begitu, kebanyakan manusia lupa untuk membaca dan mematuhi isi kandungan Al-Quran. Kitab ini bukan sahaja mengandungi peraturan malah peringatan akan setiap perbuatan yang dilakukan oleh setiap insan di bumi Allah ini.
  • Jurutera elektrik mengikut setiap peraturan yang terdapat dalam CEC tanpa banyak kerenah atau soal. Namun terdapat ramai manusia yang masih cuba mempertikaikan isi kandungan Al-Quran hanya kerana peringatan yang diberi tidak bertepatan dengan selera nafsu mereka.
  • Jurutera pakar elektrik diberi pengiktirafan tinggi atas segala kerja yang dilakukan oleh mereka. Jarang sekali pihak lain mempertikaikan kerja-kerja mereka setelah melihat kehebatan mereka menghasilkan produk atau menyelesaikan masalah. Hasil kerja mereka menjadi standard kepada semua jurutera elektrik yang mahu berkecimpung dalam bidang ini.
  • Manusia hanya akan memberi pengiktirafan setelah melihat bukti yang berada di hadapan mata. Penulis CEC diberi pengiktirafan kerana hasil kerja mereka yang terbukti membawa manfaat kepada masyarakat. Namun begitu masih ramai insan yang mempertikaikan kandungan Al-Quran dengan mengatakan tiada bukti kebesaran Allah yang nyata.
  • Mungkin hamba Allah ini terlupa untuk melihat wajah mereka di cermin pada setiap hari sehingga terlupa betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.
  • Jika reaktor nuklear yang indah memerlukan seorang jurutera pakar elektrik. "Assignments" memerlukan usaha daripada seorang pelajar. Masakan pula alam yang indah ini tercipta tanpa seorang pencipta?
  • Sebenarnya kita membuta tuli apabila mengikut undang-undang ciptaan manusia tanpa banyak soal. Buktinya, sudah berapa banyak pindaan perlembagaan dilakukan bagi sesebuah negara? CEC juga sentiasa dikemaskini hampir setiap tahun bagi memastikan sebarang kesilapan dapat diperbetulkan bagi kebaikan manusia sejagat.
  • Persoalannya, sudah berapa kali kandungan Al-Quran diubah?
~~Sekian~~

No comments: