Wednesday, February 16, 2011

Lebih Baik Berdiam Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Segelintir manusia gemar berkata-kata tentang sesuatu seolah-olah mereka arif tentang semua benda. Ada pula pihak yang gemar membesar-besarkan cerita agar mereka kelihatan hebat dengan versi cerita baru mereka. Namun apa gunanya jika perkara yang dituturkan hanya dusta semata-mata? Perlukah mencari dosa secara percuma sedangkan amal ibadat tidak sebanyak mana pun?

1) Malaysia vs Negara Luar

  • Golongan ini bercerita seolah-olah mereka pernah menetap di negara luar. Tanah air sendiri dikeji dan dibandingkan dengan negara luar dengan sesuka hati.
  • Negara luar seperti Kanada dilambung tinggi kerana kononnya pemerintahan bebas rasuah jika dibandingkan dengan Malaysia.
  • Polis Malaysia dikatakan kejam dan zalim dalam mengendalikan sesuatu amanah.
  • Mereka ini hanya berkata-kata sedangkan mereka sendiri tidak pernah menetap di negara luar yang dipuji secara melambung tersebut.
  • Pernahkah mereka melihat polis negara luar mengendalikan sesuatu kes? Jangan hanya mencaci polis Malaysia hanya dengan melihat kehebatan polis luar yang dilaporkan di portal berita sampah.
  • Mereka yang mengeji kononnya sistem kesihatan Malaysia teruk mungkin tidak pernah merasai pengalaman bermalam di hospital Kanada? Ya mereka hanya percaya pada portal berita yang pandai membuat cerita kartun.
  • Ironinya, perkara buruk di negara sendiri diperbesar-besarkan agar dapat membuka kelemahan sesuatu pihak. Namun perkara yang baik di negara luar yang mampu dilakukan secara individu tidak pula cuba dijadikan teladan. Mengapakah aspek kebersihan di negara barat yang sangat bagus tidak begitu diamalkan oleh rakyat Malaysia? Bagaimana pula dengan budaya membaca? Takkan budaya membaca dan kebersihan juga perlu diterapkan oleh kerajaan sedangkan ia merupakan tanggungjawab individu. Saya tidak pernah melihat kempen khusus oleh kerajaaan Kanada bagi perkara kecil seperti ini.
  • Oh ya, mereka ini hanya tahu membuka kelemahan orang lain tanpa mengetahui mereka sebenarnya sedang membuka pekung di dada.
2) Saya juga budak "OVERSEAAA"
  • Benar yang suhu di negara barat lebih rendah berbanding di Malaysia. Syukur alhamdullilah dapat juga saya merasa 4 musim yang berbeza di Kanada.
  • Namun perlukah mereka ini membesar-besarkan perihal kehidupan di negara luar agar ia kelihatan "booombastic" dan menarik? Tidakkah ia menipu?
  • Sebagai contoh, tidak usahlah menipu dengan mengatakan U.K.(*contoh sahaja*) terlalu sejuk sehingga terpaksa memakai pakaian tebal dan penutup telinga ketika berada dalam rumah. Mungkin mereka ini tidak hidup di kawasan yang didiami manusia tetapi tinggal di kawasan beruang kutub agaknya.
  • Sebelum saya bercerita, suhu di Kanada adalah sangat ekstrem dan boleh mencapai sehingga -45 Celcius( yea saya maksudkan negatif bukannya positif). Namun saya hanya memakai sehelai baju dan seluar sekadar untuk menutup aurat ketika saya berada di rumah. Saya tinggal di rumah yang mempunyai "heater" bukannya di "igloo". Saya percaya negara barat seperti U.K., Australia juga mempunyai heater di rumah mereka sedangkan suhu mereka jauh lebih tinggi daripada suhu Kanada.
  • Mereka mungkin berasa seronok apabila melihat orang-orang yang kurang arif terlopong mendengar cerita "boombastic" mereka. Persoalannya, mengapa kita ingin memberi fakta yang salah? Tidakkah kita cuba memperbodohkan orang lain?
3) Electrical Engineering
  • Saya kadangkala panas hati dengan insan yang kurang arif dalam "Electric Engineering" namun bercerita sambil mendabik dada seolah-olah mereka tahu segalanya. Saya bukanlah seorang yang bijak tetapi sudah semestinya saya amat tidak bersetuju dengan pembohongan fakta berkaitan bidang saya yang dibuat oleh segelintir pihak agar mereka kelihatan "cool".
  • Hukum ohm yang mudah langsung tidak dapat dijelaskan maka amat kelakar apabila mereka ini boleh bercakap dengan tentang mencipta loji kuasa elektrik. Mungkin mereka tidak pernah mengetahui "pain in the ass" untuk memahami/mengaplikasi ilmu yang dipelajari.
  • Tetapi yang pastinya mereka ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam seni pembohongan dan memperbodohkan orang.
  • Mereka hanya mengambil kursus berkaitan elektrik di pusat kemahiran(*saya tidak merendahkan mereka yang mengambil kursus elektrik asas*) tetapi berbohong tentang aspek kejuruteraan elektrik supaya kelihatan hebat di mata rakan-rakan.
  • Mungkin rakan-rakan yang tidak mengetahui akan terlopong mendengar cerita namun saya pastinya tidak dapat menerima pembohongan tersebut. Saya sendiri tidak pernah menggunakan fakta yang betul agar kelihatan hebat di mata rakan-rakan saya.
  • Mengapa mesti berbohong? Hinakah bercerita kisah sebenar tentang ilmu yang diperoleh daripada kursus asas elektrik? Mungkin ilmu yang dipelajar tidak mampu menandingi tahap "engineer" namun ia pasti membawa manfaat kepada diri dan masyarakat? Mengapa mesti berdusta lagi?
~~Sekian~~

p/s: suhu di Edmonton pada waktu ini adalah -10 Celcius.. Saya hanya memakai seluar pendek dan sehelai baju nipis!!!!!

p/s/s: Lebih baik berdiam diri daripada berdusta

p/s/s/s: aku x kesah korang nak puji negara luar lebey or nak keji government Malaysia... Tapi tolong jgan kasik fakta yang salah.. x malu ke dok tuduh orang macam2 sedangkan benda mudah mcm buang sampang dalam tong pun ramai yang x paham bahasa...

4 comments:

Azraf Hipni said...

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri

p/s: suhu di Edmonton pada waktu ini adalag -12 Celcius.. Saya x memakai apa2. eyh. pakaian kita sama.

p/p/s: jgn berfantasy plak aku tak pakai apa2. akmal2. insaflah.

Anonymous said...

"Sebagai contoh, tidak usahlah menipu dengan mengatakan U.K. terlalu sejuk sehingga terpaksa memakai pakaian tebal dan penutup telinga ketika berada dalam rumah. Mungkin mereka ini tidak hidup di kawasan yang didiami manusia tetapi tinggal di kawasan beruang kutub agaknya."

Saya kurang bersetuju dengan pendapat di atas.

Pada penilaian saya sendiri, saya berpendapat bahawa di negara U.K tahap pemanasan ("heater") tidak sehebat di negara Kanada. Ini adalah kerana, di Kanada, pihak pemaju rumah sudah sedia maklum bahawa suhu akan mencecah -45 selsius. Jadi, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk meng"install" pemanas rumah berkuasa tinggi.

Akan tetapi, sebagai contoh di negara U.K, seperti bandar London, suhu di sini tidaklah sesejuk suhu di Kutub Utara. Jadi, pemanas rumah di U.K tidak berfungsi sebaik pemanas rumah di Kanada.

Memang betul sesiapa yang berada di U.K akan dapat merasa kedinginan/kesejukan walaupun berada di dalam rumah.

Harap awak boleh menilai sesuatu dengan lebih menyeluruh, bukan hanya mengikut pandangan dari sebelah mata.

TyRoX SaN said...

saudara anon.

agak sensitif yea dengan penggunaan U.K.

sebnarnya saya hanya mengambil UK sebagai contoh sahaja.. memang benar yang U.K. tidak sesejuk kanada. kalo sejuk spt kanada pstinya engineer yang akan cuba develop system spt di kanada...

namun begitu saya percaya yang kejadian "dingin" yang disebut oleh saudara jarang berlaku kan di U.K.

Jadinya, perlukah diceritakan yang kita memakai baju tebal seperti beruang kutub kepada orang lain.. Jika benar kedinginan itu memaksa orang di UK pakai setebal,saya kira ia adalah satu lawak antarabangsa...

p/s: no hard feeling... i mean beruag kutub!!! with penutup telinga..... which means baju cam kuar jalan2x.. logik ke bro?


p/s/s: oh yea.. i have lots of friends there... dok skype xde pun rupa beruang kutub...

TyRoX SaN said...

p/s/s/s: sia fahamkan ayat beruang kutub itu... jgn baca sebelah mata.. baca secara mennyeluruh