Pages

Monday, February 7, 2011

120 hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  • Masa masih berbaki 120 hari lagi sebelum saya bergelar graduan Kejuruteraan Elektrik dari University of Alberta.
  • Saya juga sudah menerima surat arahan lapor diri daripada penaja saya iaitu Yayasan Tenaga Nasional pada minggu lepas.
  • Saya terfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti terakhir sebelum saya meninggalkan bumi Kanada yang banyak mengajar saya erti kehidupan.
120 hari

  • Saya akan mula menjual barangan peribadi saya seperti snowboard, basikal dan perabot rumah.
  • Saya sedang mencari pakej penghantaran barang dari Kanada ke Malaysia. Hajat di hati ingin membeli beberapa barangan elektronik yang harganya mahal di tanah air.
  • Saya sedang memikirkan pakaian yang ingin dibeli bagi kegunaan majlis "Iron Ring for Engineers" dan majlis konvokesyen.
  • Saya masih merancang untuk transit selama seminggu di sesebuah negara dalam perjalanan pulang ke Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini. Hajat melawat China dibatalkan kerana saya malas untuk memohon visa pelawat di kedutaan.
  • Kepulangan saya pada kali ini hampir pasti tidak membawa sebarang cenderahati dek barangan saya sendiri yang sudah terlalu banyak untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Saya masih berkira-kira untuk mengambil peperiksaan "Fundamentals of Engineering" pada bulan 9 April ini. Kelulusan peperiksaan ini tidak penting bagi jurutera mengamalkan profesionnya di Malaysia dan Kanada namun ia merupakan syarat utama untuk menjadi jurutera di Amerika Syarikat. Saya tiada masalah untuk mengambilnya sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan tetapi tarikhnya yang bertindih dengan "final year project presentation" mendatangkan sedikit masalah.
  • Saya hanya mahu mengoptimumkan hari-hari terakhir saya di Kanada dengan sebaik-baiknya kerana saya mungkin tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini lagi pada masa hadapan.
~~Sekian~~

p/s: Februari=Krisis kewangan :(

1 comment:

Nadly said...

Moga dipermudahkan segalanya, Amin :)