Pages

Wednesday, February 2, 2011

Resolusi Februari

Salam,

  • Saya gemar mencatatkan sebarang perbelanjaan harian saya dalam buku bajet. Tabiat ini diamalkan oleh saya sejak belajar di Kanada.
  • Ini tidak bermakna saya seorang yang kedekut atau bakhil tetapi langkah ini membantu saya merancang kewangan dengan berkesan.
  • Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menyusahkan diri memikirkan aliran wang keluar masuk sekiranya segala rekod ditulis dalam buku yang mudah dirujuk pada bila-bila masa.
  • Sejak dari bulan pertama saya di Kanada iaitu September 2007, saya sudah membuat komitmen untuk mengasingkan elaun sara hidup sebanyak CAD *** sebulan bagi simpanan masa depan. Alhamdullilah sehingga hari ini saya belum pernah menyentuh wang simpanan tersebut.
  • Untuk menyimpan duit memerlukan azam yang kuat. Sebagai contoh jika rakan-rakan menyimpan wang sebanyak RM 50 setiap bulan tetapi pada bulan kedua menggunakan wang tersebut untuk membeli seluar jeans maka simpanan tersebut pastinya terjejas. Simpanan mesti mempunyai target seperti keperluan masa depan atau kecemasan bukannya untuk tujuan bersuka ria.
  • Jika rakan-rakan ingin membeli seluar jeans, maka simpanan berasingan untuk membeli jeans perlu dibuat tanpa menganggu simpanan yang sudah dibuat. Ini amat penting agar kita lebih berdisiplin dalam kewangan.
SEDEKAH

  • Jangan biarkan tangan kiri mengetahui sedekah yang dilakukan oleh tangan kanan. Jadi tidak perlu diceritakan berapa banyak amal jariah yang dilakukan oleh kita dalam kehidupan seharian. Namun tiada salahnya melatih diri melakukan sesuatu kebaikan dengan konsisten. Pernah dengar ungkapan "membaca sekurang-kurangnya sehelai Al-Quran selama setiap hari lebih baik daripada membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk tetapi hanya pada satu malam".
  • Rezeki yang dinikmati oleh hambaNya adalah berkat usaha dan dengan IZINNYA.
  • Andai kata kita mampu menyimpan duit untuk mencapai sesuatu azam demi kepentingan diri sendiri. Kita juga perlu melatih diri untuk menyumbang kewangan untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
  • Di saat kita makan "Sundae McD", ada pihak yang sedang kelaparan di suatu tempat di dunia ini. Pemberian kita mungkin tidak mampu menghapuskan kemiskinan mereka tetapi sekurang-kurangya meringankan penderitaan mereka.
  • Saya menyeru rakan-rakan untuk melatih diri untuk meringankan tangan bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada insan yang memerlukan secara konsisten.
  • Wang RM 10 amat rendah nilainya di MidValley tetapi sangat besar nilainya di masjid dan juga bagi orang-orang yang memerlukannya. Renungkanlah yang memberi rezeki ialah ALLAH bukannya duit yang disimpan oleh kita :)
  • Selamat beramal.
RESOLUSI..

  • Saya jarang "overspending" dalam menguruskan perbelanjaan saya tetapi saya baru sedar yang saya mempunyai satu tabiat yang kurang baik.
  • Walaupun saya mencatatkan perbelanjaan harian saya tetapi saya kurang berhati-hati ketika melakukan transaksi di kaunter menggunakan kad kredit.
  • Ketika membayar barang yang dibeli terutamanya "groceries", saya jarang/hampir tidak pernah melihat harga-harga barang yang dibeli. Saya juga jarang melihat "total price" yang dipamerkan di skrin kaunter. Saya hanya akan memberi kad kredit saya dan seterusnya menandatangani resit tersebut dan berlalu pergi.
  • Apabila tiba di rumah, barulah saya akan mengeluarkan resit tersebut dan mencatatkannya dalam buku saya.
  • Syukur saya masih belum pernah ditipu di sebalik kealpaan saya ketika membeli barang di kedai.(*kalau dah kena baru padan muka kan?*)
  • Tabiat ini hanya berlaku ketika saya membeli "groceries".(* kalau pergi ke kedai sukan or komputer, selalunya akan melihat jumlah harga sebelum membayarnya*)
Kebiasaan

  • Saya akan membelanjakan sekitar CAD 20 setiap kali berkunjung ke "SAFEWAY" untuk membeli "groceries".
  • Saya juga membeli barang yang hampir sama setiap kali ke sana seperti buah-buahan, telur, susu, roti dan sebagainya.
  • Mungkin disebabkan kebiasaan membeli barang yang hampir sama dan harganya yang tidak jauh berbeza pada setiap kunjungan menyebabkan saya kurang memberi perhatian terhadap harga yang perlu dibayar.
  • Namun saya sedar sikap ini tidak membawa manfaat kerana akan mendatangkan bahaya kepada diri saya.
  • Jadi mulai hari ini saya berjanji untuk melihat/mendengar/meneliti harga "groceries" sebelum membayarnya. Insya Allah.
~~Sekian~~

p/s: Assignment x siap lagi dow...

p/s/s: Welcome home!

p/s/s/s: FormSPRING!!! pergh seminggu x bukak ade 20 soalan tetapi aku xkan reply semua yea since soalan cam repetition ngan seblom2 nie plus soalan dtg drp anonymous....

1 comment:

nurayunni said...

bgus entri nie..
nak simpn duit jgk.untuk kwen..hehe